Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Prime AP304 black scenario photo

ASUS Perkenal Casing PC Baharu Dengan Kaca Melengkung Gred Aeroangkasa

Diterbitkan Ogos 4, 2026 · Dikemas kini Ogos 4, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS telah mengumumkan Prime AP304, sebuah casing PC yang menggabungkan gaya moden dengan fungsi canggih.

Prime AP304 ialah sarung PC ATX panorama yang menampilkan panel kaca melengkung yang dibalut dari hadapan ke sisi, memberikan pandangan panorama terhadap komponen dalaman melalui proses pembuatan bertaraf aeroangkasa.

Malah lubang lubang dipatenkan untuk penyejukan kad grafik dan jalur lampu ARGB bersepadu yang serasi dengan ASUS Aura Sync.

Sistem relnya yang mudah tanggal pul menjadikan pemasangan dan penyelenggaraan perkakasan lebih selamat serta praktikal.

Ia turut menyokong GPU bersaiz gergasi sehingga 420mm panjang dengan bracket kukuh serta sistem slot clamp tanpa alat yang memudahkan pemasangan kad grafik.

ASUS Prime AP304 ARGB color
Varian ARGB dilengkapi empat kipas pra-pasang serta jalur cahaya ARGB yang serasi dengan ASUS Aura Sync, menambah sentuhan estetik.
ASUS Prime AP304 ARGB_VGA bracket (1)
Dari segi penyejukan, AP304 hadir dengan reka bentuk slot ventilasi tiga sisi yang dipatenkan, memastikan aliran udara optimum untuk GPU.
ASUS Prime AP304_IO port
Ctuasing ini turut tersedia dengan pelbagai port termasuk sambungan USB Type-C® 20Gbps. Ruang pengurusan kabel 33mm pula memastikan binaan lebih kemas.

Ditawarkan dalam warna hitam dan putih dengan kabel dalaman sepadan, AP304 jelas menyasarkan pembina PC yang mahu membina PC berprestasi, kukuh dan pada masa yang sama bergaya.

Sudah pun tersedia di pasaran, ASUS Prime AP304 ini dijual dengan harga bermula RM551.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi ASUS Prime AP304 ARGB.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Lelaki Rusia Beli Kad Grafik RTX 5070 Ti, Tapi Dapat Botol Air Mineral 2L
  • Winamp Player Generasi Baharu Akan Dilancar Awal 2027

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY