Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor Robot Malaysia Merdeka 2026

HONOR Robotics D1 Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan, X9e Pro Turut Diperlihatkan

Diterbitkan September 1, 2026 ยท Dikemas kini September 1, 2026 oleh Amalina Athman

HONOR tampil mencuri perhatian apabila menyertai perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya semalam, dengan robot humanoid HONOR Robotics D1 mengetuai kontinjen sambil membawa HONOR X9e Pro yang masih belum dilancarkan.

Kemunculan X9e Pro dalam kemasan ungu gelap itu dapat dilihat ketika kontinjen HONOR yang terdiri daripada hampir 50 wakil menyertai perbarisan di hadapan lebih 100,000 penonton, menurut syarikat tersebut.

Honor Robot Malaysia Merdeka 2026

Penyertaan itu turut mencatat satu pencapaian buat HONOR apabila menjadi jenama telefon pintar pertama yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan Malaysia sebagai kontinjen perbarisan rasmi.

HONOR First Smartphone Brand March National Day Parade, Unveils Unlaunched X9e Pro
Honor Robot Malaysia Merdeka 2026
Honor Robot Malaysia Merdeka 2026
HONOR X9e Pro akan dilancarkan dalam warna ungu baharu, dilengkapi dengan kemasan warna emas di sepanjang bingkai dan di sekitar rim kamera belakang. Malah ia juga bakal menampilkan kapasiti bateri terbesar dalam industri.

Bagi X9e Pro, HONOR masih belum mendedahkan butiran lengkap mengenai model berkenaan. Namun, syarikat itu menyatakan model berkenaan akan membawa peningkatan menyeluruh sambil mengekalkan ketahanan yang ditawarkan pada siri X sedia ada.

Dalam pada itu, HONOR Robotics D1 turut menerima pengiktirafan Asia Records bagi pencapaian “Robot Humanoid Pertama Melengkapkan Larian 10KM Di Jalan Raya Awam Dan Menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan” .

Honor Robot Malaysia Marathon 2026
Honor Robot Malaysia Marathon 2026
HONOR Robotics D1 melengkapkan larian 10km dalam Malaysia Marathon 2026.
Eldrick Koh, Managing Director of ASEAN Records and Chief Executive Officer of HONOR Malaysia, Ethan Chen

 

Larian di Kuala Lumpur itu turut menjadi penampilan pertama D1 di luar China. Sebelum ini, robot tersebut menyertai Beijing Yizhuang Humanoid Robot Half Marathon dan menamatkan perlumbaan dalam masa 50 minit 26 saat dengan kelajuan puncak 14.5 meter sesaat.

Buat masa ini, HONOR belum berkongsi maklumat lanjut mengenai X9e Pro. Sebarang perkembangan mengenai model tersebut akan diumumkan menerusi saluran rasmi HONOR Malaysia.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • 2 Robot Humanoid HONOR Bakal Sertai Malaysia Marathon 2026
  • Telefon HONOR Dengan Bateri 11,000mAh Dijangka Tiba Di Malaysia September Ini
  • HONOR Jadi Jenama Telefon Boleh Lipat No.1 Di Malaysia Pada Q2 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY