Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR Jadi Jenama Telefon Boleh Lipat No.1 Di Malaysia Pada Q2 2026

Posted on Ogos 21, 2026

HONOR mencatatkan pencapaian kukuh dalam pasaran telefon pintar boleh lipat di Malaysia apabila menduduki kedudukan pertama pada suku kedua 2026 dengan 53% bahagian penghantaran, menurut data IDC.

Prestasi itu meletakkan HONOR sebagai jenama telefon boleh lipat utama di Malaysia bagi tempoh tersebut. Selain Malaysia, syarikat turut menduduki kedudukan teratas dalam segmen sama di beberapa pasaran lain termasuk Singapura dan Hong Kong, dengan bahagian pasaran melebihi 50%.

https://x.com/Honorglobal/status/2090414850476548246?s=20

Di peringkat Asia Tenggara, IDC melaporkan pasaran telefon pintar secara keseluruhan mengalami penyusutan penghantaran pada separuh pertama 2026. Namun, HONOR masih mencatatkan pertumbuhan sebanyak 15%, sekali gus menjadi antara jenama utama dengan kadar pertumbuhan terpantas di rantau ini.

HONOR turut mencatat perkembangan positif di peringkat global. Menurut data IDC, syarikat itu merupakan satu-satunya pengeluar telefon pintar Android dari China yang merekodkan pertumbuhan penghantaran tahun ke tahun pada separuh pertama 2026, dengan peningkatan sebanyak 9%.

Prestasi serupa turut dilihat di Timur Tengah dan Afrika. Data Omdia menunjukkan HONOR berkembang 35% di Timur Tengah walaupun pasaran keseluruhan menyusut 13%, manakala penghantarannya di Afrika meningkat sebanyak 53%dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress