Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Pad X7b

HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59

Diterbitkan November 2, 2026 oleh Amsyar Latif

HONOR Malaysia memperluaskan rangkaian peranti AIoT dengan memperkenalkan HONOR Pad X7b, HONOR Earbuds 5e dan HONOR Earbuds X10 Play, yang kini tersedia untuk pembelian di Malaysia pada harga bermula RM59.

HONOR Pad X7b ditawarkan pada harga RM699 untuk versi Wi-Fi dan RM799 bagi versi LTE, manakala HONOR Earbuds 5e berharga RM149 dan Earbuds X10 Play dijual pada harga RM59.

HONOR Pad X7b KV

Pad X7b merupakan tablet yang memfokuskan kegunaan kanak-kanak dan keluarga, dilengkapi paparan HONOR Eye Comfort 9.7 inci beresolusi 2052 × 1152 piksel dengan pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker-Free.

Tablet ini turut mempunyai bateri 8,000mAh yang menawarkan tontonan video tempatan sehingga 16 jam serta masa siap sedia sehingga 82 hari, menurut HONOR.

Dikuasakan cip Snapdragon 685, Pad X7b menyediakan RAM fizikal 4GB bersama tambahan 4GB RAM maya melalui HONOR RAM Turbo, storan 128GB serta sokongan kad microSD sehingga 2TB.

HONOR Pad X7b Summary KV

Ia juga menerima pensijilan SGS 5-Star Enhanced Drop and Crush Resistance serta menawarkan HONOR Kids dengan fungsi kawalan ibu bapa, termasuk pengurusan masa skrin dan akses kandungan.

HONOR Earbuds 5e KV

Sementara itu, HONOR Earbuds 5e dilengkapi pembatalan hingar aktif (ANC) adaptif sehingga 52dB, pemacu audio 12mm, Bluetooth 6.0 dan sokongan LHDC 5.0 serta Hi-Res Audio Wireless.

Earbuds ini menawarkan hayat bateri keseluruhan sehingga 45 jam bersama bekas pengecas, selain fungsi AI Interpreter yang menyokong 15 bahasa.

HONOR Earbuds X10 Play KV

Bagi pilihan lebih mampu milik, HONOR Earbuds X10 Play menggunakan pemacu 13mm dengan hayat bateri sehingga 49 jam bersama bekas pengecas. Ia turut menyokong sambungan dua peranti serentak dan pengurangan hingar berasaskan AI ketika panggilan.

HONOR Earbuds X10 Play Summary KV

HONOR Pad X7b tersedia dalam warna Space Gray melalui kedai rasmi dan pengedar sah HONOR, dengan hadiah Flip Cover bernilai RM159.

HONOR Earbuds 5e dan Earbuds X10 Play pula dijual secara eksklusif dalam talian melalui laman rasmi HONOR, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Berkaitan

  • UPSI Dan HONOR Malaysia Bakal Tubuh Makmal AI Dengan Tajaan RM400,000
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY