Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR UPSI

UPSI Dan HONOR Malaysia Bakal Tubuh Makmal AI Dengan Tajaan RM400,000

Diterbitkan Oktober 15, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 15, 2026 oleh Amsyar Latif

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan HONOR Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menubuhkan HONOR AI Lab @ UPSI, sebuah makmal kecerdasan buatan (AI) yang menerima tajaan sebanyak RM400,000 daripada HONOR Malaysia.

Kerjasama selama dua tahun itu bertujuan memperkukuh pendidikan, penyelidikan dan inovasi AI, selain memberikan pendedahan kepada pelajar dan pensyarah mengenai penggunaan teknologi berkenaan dalam industri.

HONOR UPSI

HONOR AI Lab @ UPSI akan ditempatkan di Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) dan dimiliki serta diuruskan oleh Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) UPSI.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, makmal tersebut akan berfungsi sebagai hab pelaksanaan pelbagai aktiviti berkaitan AI, termasuk bengkel, program pensijilan profesional, latihan industri, pertandingan inovasi dan sesi perkongsian bersama industri.

Berkaitan

  • HONOR Magic9 Pro Max Diuji Di Sepang, Tampil Sistem Kamera Dwi 200MP ARRI
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299

Selain itu, pensyarah UPSI akan mendapat akses kepada peralatan pengkomputeran AI, alat pembangunan serta perkakasan sokongan bertaraf industri bagi membantu aktiviti pengajaran dan penyelidikan.

Pelajar pula berpeluang mengikuti pembelajaran berasaskan projek, program mobiliti serta latihan industri untuk meningkatkan kemahiran praktikal dan kebolehpasaran graduan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Chen Long berkata kerjasama tersebut mencerminkan komitmen syarikat untuk memperluaskan akses kepada teknologi AI dan menyokong pembangunan bakat tempatan.

Majlis menandatangani MoA berlangsung pada 14 Oktober 2026 di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI, dengan disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY