Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang

Diterbitkan Oktober 23, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Ringkasan Ulasan: HONOR 600S 5G

Wiser memberi HONOR 600S 5G skor 6.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM1,299 semasa ulasan ini diterbitkan pada 23 Oktober 2026.

Produk HONOR 600S 5G
Skor Wiser 6.5/10
Harga (semasa ulasan) RM1,299
Diulas oleh Iskandar Afiq Shaharuddin
Tarikh ulasan 23 Oktober 2026

Kelebihan

  • Bateri besar
  • Storan 256GB
  • RAM 8GB
  • Kadar segar semula 120Hz
  • MagicOS 10
  • Speaker stereo
  • Sokong dua kad sim
  • Tahan lasak (IP68, IP69, IP69K)
  • Butang AI yang boleh ditukar fungsinya

Kekurangan

  • Banyak bloatware
  • Cip kurang berkuasa
  • Skrin 720p
  • Bingkai skrin tidak seragam
  • Kamera biasa-biasa
  • Tiada slot kad mikroSD

Beli di: Shopee · Lazada

Kini, HONOR telah melancarkan model terbaru dalam siri nombor, iaitu HONOR 600S 5G. Ia dipasarkan sebagai model paling bajet dalam siri ini, bermula pada harga RM1299.

Jadi, pada tanda harga ini, adakah ia berbaloi?

Tarikan Utama

Tarikan utama telefon ini adalah bateri berkapasiti 8100mAh yang besar pada julat harga ini. Pada awalnya, andaian saya adalah ia menggunakan bateri karbon silikon, tetapi sebenarnya, ia menggunakan teknologi bateri yang lama, iaitu bateri Litium-ion Polimer (Li-Po). Walaupun begitu, telefon ini tidak terlalu tebal, pada 8.3mm.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Bateri besar.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Tidak terlalu tebal walaupun menggunakan bateri Li-Po.

Hayat baterinya juga cukup baik. Dengan tetapan kadar segar semula ‘High’ atau 120Hz, kecerahan skrin pada 50%, WiFi dihidupkan, dan disambungkan ke headphone Bluetooth, saya dapat menggunakan telefon ini selama hampir dua hari. Jadi, ia menepati jangkaan saya.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Saya menggunakannya sambil headphone wayarles disambungkan.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Selepas hampir 24 jam, bateri hanya turun 34% daripada 82% semalam.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Setelah hampir 48 jam, bateri masih berbaki 25%.

Telefon ini juga menyokong pengecasan pantas 45W. Jadi, ia hanya mengambil masa lebih kurang 100 minit untuk penuh semula.

Jangan risau, wayar dan palam pengecas 45W disertakan dalam kotak apabila anda membeli telefon ini. Anda digalakkan untuk menggunakan palam pengecas buatan HONOR untuk mendapatkan pengecasan paling pantas.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
45W SuperCharge.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Ada ciri “Boost charging speed” untuk meningkatkan kelajuan pengecasan dengan membiarkan telefon panas.

Bukan bateri sahaja yang tahan, badan telefon ini juga mampu menahan pancutan air laju (waterjet), tenggelam dalam air, habuk, dan hentakan. Ini kerana ia mempunyai tiga rating Ingress Protection: IP68, IP69 dan IP69K.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Walaupun telah dicelup ke dalam air…
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Telefon masih lagi boleh digunakan.

PERINGATAN: Seperti salah seorang ahli Wiser, Firdaus telah berkata dalam salah satu videonya, “Durable does not mean invincible.” Maka, berhati-hati ketika menggunakan mana-mana telefon pun, termasuk telefon ini.

Selain daripada ketahanannya, telefon ini juga dijual dengan varian storan bermula pada 256GB, jadi ia lebih daripada mencukupi untuk menyimpan banyak fail lagu, dokumen, aplikasi dan gambar.

Jadi, baterinya tahan lama, binaannya tahan lasak, dan mempunyai storan yang besar untuk menyelesaikan masalah ketiadaan slot microSD, tetapi bagaimana dengan ciri yang lain? Adakah ia menonjol juga?

Tarikan Sampingan

Kuasa telefon ini sememangnya antara tarikan sampingan. Telefon ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 4 Gen 4 dengan GPU Adreno 613. Dengan skor AnTuTu sebanyak 593K, yang tidaklah perlahan, tetapi jangan mengharapkan prestasi yang padu untuk gaming.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang

Ia lebih sesuai untuk kegunaan yang ringan seperti melayari media sosial, mengambil gambar, dan sedikit multitasking. Sekurang-kurangnya, unit yang kami perolehi dilengkapi dengan 8GB RAM, jadinya mencukupi untuk penggunaan umum.

Telefon ini juga menyokong sehingga 16GB RAM Extension atau ‘RAM Turbo’, tetapi satu sahaja saya boleh kata: Ia tidak penting.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang

Saya telah menulis artikel mengenai RAM Extension di SINI jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut. Pada pendapat saya, 8GB RAM sepatutnya mencukupi untuk telefon ini, jadi lebih baik matikan sahaja ciri ini. Anda hanya perlu menghidupkannya jika telefon mempunyai 6GB RAM atau kurang.

Seperti yang anda telah lihat, telefon ini menjalankan MagicOS 10, yang berasaskan Android 16. Cukup baharu untuk digunakan pada tahun 2026.

Homescreen dan lock screen boleh diubah suai, tetapi tema keseluruhan tidak boleh diubah suai.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang

Dari segi sambungan pula, ia dilengkapi WiFi 5, Bluetooth versi 5.1, dan menyokong 5G. Anda boleh juga memasukkan dua kad Nano-SIM ke dalam telefon ini.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Boleh masukkan dua kad Nano-SIM.

Tambahan pula, ia juga menyokong NFC, yang bermakna anda boleh menambah nilai kad Touch n’ Go dengan menyentuh kad pada telefon ini sahaja.

Masuk bab kamera pula, telefon ini mempunyai satu kamera belakang utama 50MP (f/1.8), dan satu kamera swafoto 5MP (f/2.2) di hadapan.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Kamera utama.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Kamera swafoto.

Mungkin anda tertanya, “Bukankah ada dua kamera di belakang?”

Nampak macam ada, bukan? Tetapi, apabila saya menggunakan aplikasi kamera natif, saya tidak dapat menggunakan kamera itu.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/23105622/camera-test-honor-600s.mp4

HONOR mengatakan bahawa ia merupakan sebuah lensa ‘auxiliary’, tetapi kegunaannya hanyalah untuk membimbing kamera utama. Maka, saya tidak boleh mengakses lensa itu.

Berbalik kepada kamera, kamera utama di belakang adalah mencukupi untuk mengambil gambar pemandangan, gambar bungkusan, makanan, dan dokumen.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Zum 1x.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Zum 2x.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Cubaan untuk fokus pada bunga.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Jika bergerak, akan nampak kabur dan bergegar.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Jika berdiri secara statik, baru nampak lebih baik.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Kualiti gambar bergantung kepada pencahayaan juga.

Apabila mengambil gambar pada waktu malam, di sinilah kamera ini bergelut kerana sensornya tidak cukup besar. Jadi, ia bergantung kepada mod ‘Night’ dan pemprosesan AI untuk tajamkan lagi gambar.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang

Apabila kita pusing ke kamera swafoto pula, ia juga mencukupi bagi saya. Dari segi dynamic range, ia tidak bagus, tetapi ia mencukupi dari segi detail dan tona warna kulit.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Jika ada pencahayaan yang baik, gambar nampak okay sahaja.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Cuma, ia bergelut apabila ada latar belakang yang cerah.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Ketika malam pula, saya perlu berdiri statik sebelum mengambil gambar.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Atau gambarnya akan menjadi begini…

Dalam aspek video pula, ia sederhana sahaja, tetapi memadai. Kamera utama dan kamera hadapan mampu merakam sehingga 1080p 30fps. Memang mencukupi, namun sudah tentu anda tidak akan menggunakan kamera-kamera ini untuk membuat filem. Tetapi, ia masih lagi boleh digunakan untuk merakam momen-momen tertentu dalam hidup anda.

Apabila kita alihkan fokus kepada skrinnya pula, ia biasa-biasa sahaja. Skrinnya bersaiz 6.87 inci, dan menggunakan panel TFT LCD. Resolusinya 1592×720, dengan kadar segar semula 120Hz.

Sejujurnya, saya mengharapkan sekurang-kurangnya resolusi FHD atau 1080p, tetapi mungkin ia satu cara untuk mengurangkan kos pembuatan telefon ini. Ia mencukupi untuk melayan media sosial dan video di YouTube.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Bingkai yang tebal di bawah dan atas tidak seragam.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Jelaslah bahawa ia adalah panel LCD, tetapi tiada masalah untuk saya menonton video di YouTube.

Kecerahan skrin pula tidak mencukupi bagi saya kerana ia hanya mampu mencapai 1020 nits sahaja. Dalam situasi yang tidak berapa terang, ia boleh sahaja digunakan. Apabila menggunakan skrin ini di bawah matahari, ia akan kelihatan malap.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Dalam situasi yang separa cerah, ia boleh digunakan.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Di bawah cahaya matahari yang terik, ia nampak malap.

Bagaimana pula dengan speaker? Juga mencukupi.

Telefon ini dilengkapi dengan speaker berkonfigurasi stereo. Bagi saya, kualiti bunyinya biasa-biasa sahaja, kurang jelas tapi boleh digunakan untuk menonton video YouTube dan mendengar lagu sedikit. Pada tanda harga ini, ia cukup memuaskan.

Sekurang-kurangnya, ia bukan mono (*ehem ehem* iPhone Air).

Masuk ke butang-butangnya pula, telefon ini mempunyai beberapa butang: butang volume, butang power yang juga bertindak sebagai pengesan cap jari, dan butang AI.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Butang ‘volume’ dan butang ‘power’.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Butang AI.

 

Apa yang saya gemar adalah pengesan cap jari amatlah pantas, sehinggakan saya tidak sempat untuk melihat lockscreen.

A001_10231040_C202 (1)
Cepat juga.

Satu lagi perkara yang saya gemar adalah butang AI boleh ditetapkan untuk melakukan perkara lain. Pada asalnya, ‘AI Mobile Assistant’ akan dilancarkan apabila saya menekan butang ini sekali. Saya gembira kerana HONOR membenarkan pengguna menukar fungsinya kepada suis ‘Mute’ atau pelancar kamera.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
‘AI Mobile Assistant’ dilancarkan pada asalnya apabila butang AI ditekan sekali.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Sekali tekan.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Dua kali tekan.
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
Tekan lama-lama.

Tetapi, disebabkan julat harga telefon ini, pastinya ada isu yang jelas…

Isu Yang Jelas

Berbalik kepada binaan, benar bahawa luaran telefon ini diperbuat daripada aloi aluminium dan plastik yang membuatkan ia terasa seolah-olah telefon flagship. Akan tetapi, telefon ini terasa berat untuk digunakan, kerana ia seberat 216.5g.

Saiznya juga terlalu besar bagi tangan saya yang kecil, jadi ia agak sukar untuk digunakan dengan satu tangan. Tetapi, saya faham bahawa HONOR mahu memberikan skrin yang besar dalam julat harga ini untuk menarik minat pengguna yang lebih suka skrin besar.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang

Satu lagi isu yang selalu menghantui telefon yang lebih bajet adalah kewujudan bloatware, dan telefon ini tidak terkecuali. Banyak bloatware dalam telefon ini.

(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
(Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang

Tetapi, anda tidak perlu risau. Boleh sahaja buang bloatware ini. Setelah saya membuangnya dan membuat sedikit pengubahsuaian, barulah sejuk mata memandang.

Apa yang tidak boleh dibaiki buat masa ini adalah kadar segar semula. Saya telah menyebut bahawa ia menyokong sehingga 120Hz, bukan? Tetapi, selalunya, saya hanya boleh mendapatkan kadar segar semula sehingga 90Hz sahaja. Ini mungkin satu masalah software, jadi harapnya HONOR akan membaiki isu ini pada kemas kini firmware yang seterusnya.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/23112830/kadar-segar-semula-honor-600s.mp4

Kesimpulan

HONOR 600S bukanlah sebuah telefon yang terlalu istimewa pada tanda harganya, tetapi ia cukup memadai sebagai telefon sampingan, terutama bagi penghantar Grab kerana ia cukup tahan lasak dan baterinya tahan lama.

Benar bahawa telefon ‘peringkat permulaan’ ini harganya bukan di bawah RM1000, tetapi memandangkan situasi ‘RAMAGEDDON’ yang sedang berlaku sekarang ini, ia sudah memadai untuk kegunaan ringan, dan sepatutnya boleh bertahan sekurang-kurangnya dua tahun penggunaan.

Jika anda mahu mempertimbangkan telefon yang lebih baik dari segi prestasi, skrin, dan kamera, dan bateri yang kecil sedikit, boleh sahaja anda mempertimbangkan HONOR 600 Lite. Untuk pengalaman Android asli, Nothing phone (4b) telah mengisi ruang itu. Tetapi, jika anda masih lagi mahukan bateri yang besar, POCO X8 juga ada.

Berkaitan

  • Masih Relevankah 'Virtual RAM' Di Telefon Pada Masa Kini? Ini Penjelasannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
©2026 WISER.MY