Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic V5 Record Breaking

HONOR Magic V5 Sah Masuk Malaysia Tak Lama Lagi

Diterbitkan Jun 24, 2025 · Dikemas kini Jun 24, 2025 oleh Amalina Athman

HONOR kini mengesahkan peranti lipat terbaharu, HONOR Magic V5 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Menurut HONOR, model ini berjaya mencatatkan rekod sebagai telefon lipat andalan paling nipis di dunia, dengan hanya 8.8mm ketebalan apabila dilipat, sekali gus mengatasi HONOR Magic V3 yang berukuran 9.2mm.

Selain rekaan nipis, Magic V5 akan dilengkapi dengan pelbagai penambahbaikan, termasuk pengalaman multitugas yang lebih lancar dan kecekapan kerja yang dipertingkatkan.

HONOR Magic V5 Beta Recruitment

Dalam pada itu, HONOR turut membuka pendaftaran untuk program HONOR Magic V5 Beta Experiencer di Malaysia. Pengguna tempatan berpeluang menjadi antara yang pertama mencuba dan menilai proses pembangunan HONOR Magic V5.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman rasmi HONOR Malaysia dan peserta terpilih akan dihubungi oleh pihak HONOR.

Buat masa ini, tarikh rasmi pelancaran di Malaysia masih belum diumumkan. Di China, peranti ini akan dilancarkan pada 2 Julai 2025.

Berkaitan

  • HONOR Watch 5 Ultra Tiba Dengan Titanium, ECG Dan Bateri 15 Hari - RM1,099
  • HONOR Jadi Jenama Pertama Di Malaysia Sokong Sambungan Penuh Rentas OS
  • HONOR Perkenal X6c - Telefon Pintar RM599 Dengan Butang AI & Bateri Besar
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY