Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s First Cross OS Connectivity

HONOR Jadi Jenama Pertama Di Malaysia Sokong Sambungan Penuh Rentas OS

Diterbitkan Jun 9, 2025 · Dikemas kini Jun 9, 2025 oleh ariff bukhari

HONOR mencipta sejarah dengan menjadi jenama pertama di Malaysia yang menyokong kesambungan merentas sistem operasi (OS) secara penuh.

Menerusi teknologi baharu yang dinamakan sebagai HONOR Connect, ia membolehkan pengguna berkongsi fail, gambar dan video dengan mudah antara pelbagai peranti – sama ada anda menggunakan peranti Android, iOS atau Windows.

Cross OS Connectivity Between Apple Devices to HONOR 400 Pro, MagicBook Pro 14 and Pad 10

Berbeza dengan sistem lain yang biasanya hanya membenarkan perkongsian antara telefon sahaja, HONOR Connect melangkah lebih jauh dengan membolehkan  telefon pintar, tablet dan komputer riba disambungkan dalam satu ekosistem yang mesra pengguna.

Ini bermakna, pengguna boleh berkongsi fail antara telefon Android ke iPhone, atau dari iPhone ke komputer riba Windows – tanpa perlu guna kabel atau simpan di awan (cloud).

Untuk pengguna iOS, HONOR Connect menawarkan kelajuan pemindahan data sehingga 85 Mbps, manakala untuk Android pula sehingga 40 Mbps.

Ia juga membenarkan perkongsian ke beberapa peranti serentak, menjadikannya sesuai untuk pelbagai situasi penggunaan.

HONOR Connect kini tersedia dalam beberapa produk baharu HONOR seperti Siri HONOR 400, HONOR MagicBook Pro 14 dan HONOR Pad 10.

HONOR MagicBook Pro 14 First Sale
HONOR 400_1
honor pad 10

 

Bagi pengguna yang bukan dalam ekosistem HONOR, anda juga boleh menikmati ciri ini dengan memuat turun aplikasi HONOR Connect di App Store.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • HONOR MagicBook Pro 14 Ada Bateri 92Wh Dan Sokong iOS, Android, Windows Serentak
  • Siri ROG Xbox Ally Dengan Windows 11 Dan UI Khusus Dilancar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY