Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Watch 5 Ultra KV

HONOR Watch 5 Ultra Tiba Dengan Titanium, ECG Dan Bateri 15 Hari – RM1,099

Diterbitkan Mei 22, 2025 ยท Dikemas kini Mei 22, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR memperluaskan barisan peranti boleh pakai mereka dengan pelancaran HONOR Watch 5 Ultra dan HONOR Band 10, masing-masing menyasarkan pengguna premium serta peminat kecergasan harian. Kedua-dua peranti ini kini ditawarkan secara eksklusif dalam talian di Malaysia.

HONOR Watch 5 Ultra hadir dengan rekaan Dome Octagonal, binaan Titanium Gred 5, dan perlindungan Sapphire Crystal. Ia dilengkapi skrin AMOLED 1.5 inci dengan kadar segar semula sehingga 60Hz, serta menyokong lebih 100 mod sukan, termasuk mod Free Diving sehingga 40 meter.

Untuk pemantauan kesihatan, jam ini menyediakan ciri Imbasan Kesihatan Pantas yang memberi data segera seperti ECG, kadar jantung, oksigen darah, dan pola tidur.

Fungsi Healthy Morning Report membantu pengguna meninjau data kesihatan harian secara ringkas. Bateri mampu bertahan sehingga 15 hari dengan sokongan pengecasan tanpa wayar dan berbalik.

HONOR Band 10 KV

Sementara itu, HONOR Band 10 menawarkan paparan AMOLED 1.57 inci, rekaan nipis 8.99mm, dan sokongan 96 mod senaman. Ia dilengkapi pemantauan tidur, kadar jantung sepanjang masa, serta kitaran haid. Dengan bateri 180mAh, Band 10 boleh digunakan sehingga 14 hari tanpa pengecasan kerap.

HONOR Watch 5 Ultra dijual pada harga RM1,099 dengan tali Brown Leather, manakala HONOR Band 10 ditawarkan pada harga RM199, hadir dengan pilihan tali Blue Nylon dan Black TPU.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899
  • HONOR Pad 10 Tiba Dengan Paparan 2.5K, Bateri 10,100mAh, Harga RM1,499
  • HONOR MagicBook Pro 14 Ada Bateri 92Wh Dan Sokong iOS, Android, Windows Serentak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY