Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR X6C Available Nationwide

HONOR Perkenal X6c – Telefon Pintar RM599 Dengan Butang AI & Bateri Besar

Diterbitkan Jun 13, 2025 ยท Dikemas kini Jun 13, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X6c, model terbaru dalam siri X mereka, yang kini tersedia di pasaran Malaysia pada harga mampu milik RM599.

Salah satu tarikan utama model ini ialah butang AI khas di sisi peranti yang membolehkan akses pantas ke sehingga enam aplikasi pilihan seperti WhatsApp atau TikTok.

Ciri ini memudahkan pengguna berusia atau muda mengendalikan telefon tanpa kekeliruan. Dengan sokongan Google Lens, pengguna juga boleh menterjemah, membuat carian objek, atau menyelesaikan tugasan sekolah hanya melalui kamera.

Dari segi fotografi, HONOR X6c memperkenalkan beberapa alat suntingan berasaskan AI seperti AI Eraser, AI Outpainting dan AI Beauty, membolehkan pengguna menghasilkan gambar berkualiti tinggi dengan mudah.

Dari aspek ketahanan, HONOR X6c dilengkapi bateri 5,300mAh yang menyokong penggunaan sehingga 21 jam dan pengecasan pantas 35W. Malah, dengan hanya 2% bateri, peranti ini masih mampu bertahan untuk panggilan sehingga 60 minit. Ia juga hadir dengan memori 16GB RAM (termasuk 8GB RAM Turbo) dan storan 256GB.

Rekaan fizikalnya pula tahan lasak, dengan pensijilan SGS untuk ketahanan jatuhan serta penarafan IP64 bagi kalis air dan habuk. Skrin 6.61 inci TFT dengan kadar segar semula 120Hz pula dilengkapi teknologi Eye Comfort, menjadikannya selesa untuk tontonan panjang.

Lain-lain adalah termasuk cip MediaTek Helio G81, kamera utama 50MP, kamera swafoto 5MP serta menjalankan MagicOS 9.0.

HONOR X6C KSP Summary KV

HONOR X6c kini boleh didapati di semua HONOR Experience Store seluruh negara, dalam dua pilihan warna – Ocean Cyan dan Midnight Black.

Berkaitan

  • HONOR Pad 10 Tiba Dengan Paparan 2.5K, Bateri 10,100mAh, Harga RM1,499
  • HONOR MagicBook Pro 14 Ada Bateri 92Wh Dan Sokong iOS, Android, Windows Serentak
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY