Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic8 Pro launch KV

HONOR Magic8 Pro Dilancar Pada Harga RM4,599

Diterbitkan November 27, 2025 · Dikemas kini November 27, 2025 oleh ariff bukhari

HONOR hari ini melancarkan telefon pintar flagship terbaharu, HONOR Magic8 Pro, di Malaysia pada harga bermula RM4,599.

Pra-tempahan dibuka hingga 4 Disember 2025 dengan tawaran eksklusif termasuk kamera aksi Insta360 Ace Pro bernilai RM3,090, perlindungan retak 365 hari, jaminan lanjutan 1 tahun, perlindungan kerosakan cecair, serta akses percuma Google AI Pro selama 3 bulan.

HONOR Magic8 Pro launch KV_SM
Pelanggan juga turut menikmati rebat segera RM300.

Magic8 Pro menonjol dengan lima kelebihan utama berbanding pesaing termasuklah kamera telefoto ultra malam 200MP dengan sistem AI tiga enjin, bateri karbon silikon 7100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W dan tanpa wayar 80W, sambungan rangkaian dipertingkat dengan enam antena, kadar cerah paparan setinggi 6,000 nits dengan pensijilan TÜV Rheinland 5.0 untuk keselesaan mata, serta ketahanan IP69K dengan kaca NanoCrystal Shield.

Dikuasakan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5, ia menawarkan prestasi AI dan grafik bertaraf industri.

HONOR Magic8 Pro hadir dalam warna Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black, dengan varian 12GB+512GB (RM4,599) dan 16GB+1TB (RM5,199) akan mula dijual bermula 5 Disember 2025.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700
  • POCO Pad X1 Dan Pad M1 Dilancar Dengan Harga Bermula RM1,199

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY