Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic8 Pro AI Voice Cloning Detection

HONOR Magic8 Pro Akan Hadir Dengan Ciri Pengesanan Pengklonan Suara

Diterbitkan Disember 22, 2025 oleh ainabatrisyia

Penipuan terbaru yang dikenali sebagai “Panggilan Senyap” semakin merisaukan masyarakat. Pihak polis juga memberi amaran agar orang ramai lebih berhati-hati sekiranya menerima panggilan yang tanpa suara atau bunyi selama beberapa saat.

Oleh sebab itu, HONOR memperkukuh teknologi anti-penipuan pada HONOR Magic8 Pro dengan ciri baharu iaitu Pengesanan Pengklonan Suara (AI Voice Cloning Detection). Ciri ini membolehkan pengguna mengesan suara yang dijana oleh AI. Ia akan diperkenalkan secara rasmi melalui kemas kini perisian pada hujung Disember 2025.

Ciri ini melengkapkan lagi ciri Pengesanan Deepfake AI yang sedia ada. Ia direka untuk menganalisis panggilan dan mengesan suara yang telah diklonkan atau digabungkan. Jika sesuatu yang mencurigakan dapat dikesan, pengguna akan dimaklumkan melalui paparan amaran.

HONOR Magic8 Pro ini, turut dilengkapi ciri Pengesanan Nombor Penipuan AI (AI Scam Detection) bagi menyemak panggilan masuk berdasarkan pangkalan data nombor penipuan.

Pengguna akan diberi amaran jika terdapat panggilan daripada nombor yang ditandakan sebagai ‘mencurigakan’. Ini mampu membantu pengguna mengenal pasti cubaan penipuan sebelum panggilan dijawab.

Ciri Pengesanan Deepfake AI yang telah dipertingkatkan juga boleh melindungi pengguna semasa panggilan video. Ia mampu mengimbas sehingga lapan orang serentak dalam satu panggilan bagi mengesan wajah yang diubah secara digital.

Buat pengetahuan, teknologi ini telah menerima pengiktirafan anugerah TIME Best Inventions 2025 bagi kategori Privasi dan Keselamatan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • "Silent Call", Scam Atau Tidak Sengaja? Ini Anda Patut Tahu
  • HONOR Magic8 Pro Dilancar Pada Harga RM4,599
  • Boleh Dapatkan HONOR Magic8 Pro Serendah RM10 Sebulan Di Telco Terpilih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY