Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harmonyOS 6

Bukan Sekadar Gimik – Ini Cara HarmonyOS 6 Guna AI Dalam Kehidupan Harian

Diterbitkan Jun 23, 2025 oleh Amsyar Latif

Huawei secara rasmi memperkenalkan HarmonyOS 6 di acara Huawei Developer Conference (HDC) 2025, menandakan evolusi besar dalam sistem operasi pintar mereka. Versi terbaru ini kini tersedia dalam bentuk beta pembangun (Developer Beta) untuk peranti terpilih dan membawa pelbagai ciri baharu berasaskan kecerdasan buatan, privasi, dan interaksi merentas peranti.

Antara penambahan utama ialah HarmonyOS Intelligent Agent Framework (HMAF), satu kerangka AI baharu yang membolehkan peranti memahami dan bertindak balas terhadap kehendak pengguna secara lebih semula jadi.

Pengguna boleh berinteraksi dengan “agen” seperti ChatExcel untuk bantu urus fail Excel, agen cadangan makanan, dan pembantu pembangunan aplikasi, semuanya hanya melalui navigasi sistem atau arahan suara.

harmonyOS 6

Huawei turut memperkenalkan fungsi Touch and Pay yang membolehkan pengguna memindahkan fail, menjemput rakan bermain game atau menstrim video hanya dengan menyentuh telefon ke skrin komputer. Fungsi ini turut dipertingkatkan untuk menyokong perkongsian fail serentak dengan beberapa pengguna lain.

Dari segi keselamatan dan privasi, HarmonyOS 6 menambah perlindungan data tiga lapis, sistem yang bebas aplikasi hasad serta mod privasi satu klik.

Sistem ini juga menyokong pembayaran automatik di tempat letak kereta dan stesen minyak melalui pengecaman wajah, tanpa perlu keluar dari kenderaan atau mengimbas kod QR.

Screenshot 2025-06-23 at 12.35.50 PM

Huawei turut berkongsi bahawa HarmonyOS 6 kini menyokong lebih 30,000 aplikasi asli dan perkhidmatan meta, meliputi 99 peratus keperluan pengguna walaupun masih di belakang Android dan iOS dari segi jumlah keseluruhan aplikasi.

Versi Developer Beta HarmonyOS 6 kini dibuka kepada beberapa model utama Huawei termasuk siri Mate 70, Mate 60, Mate X5 dan tablet MatePad Pro 2024 dan 2025. Versi stabil dijangka dilancarkan menjelang suku ketiga atau keempat tahun ini.

Dengan pendekatan berasaskan AI, pengalaman pengguna lebih intuitif serta kebolehan berinteraksi merentas peranti, HarmonyOS 6 menegaskan hala tuju Huawei dalam membina ekosistem digital yang lebih pintar dan menyeluruh.

Berkaitan

  • Huawei Kini Raja Peranti Boleh Pakai, Atasi Xiaomi, Apple Dan Garmin - IDC
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Bateri Pepejal Huawei: 5 Minit Cas, 3000KM Jarak
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY