Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei WATCH GT 5 Pro

Huawei Kini Raja Peranti Boleh Pakai, Atasi Xiaomi, Apple Dan Garmin – IDC

Diterbitkan Jun 17, 2025 · Dikemas kini Jun 17, 2025 oleh ariff bukhari

Huawei kini mengatasi Apple dan Samsung dalam kategori ini, sekali gus menunjukkan pertumbuhan kukuh syarikat teknologi China itu dalam industri peranti boleh pakai.

Menurut laporan terkini IDC China, Huawei telah berjaya menerajui pasaran global peranti boleh pakai bagi suku pertama 2025 (Januari–Mac) selepas peningkatan daripada 17% pada tahun lalu dengan kini menguasai 21.9% pasaran dengan 10 juta unit terjual di seluruh dunia.

Ia diikuti oleh Xiaomi dengan 19% (8.7 juta unit, naik dari 6.1 juta tahun lalu), Apple dengan 15.5% (7 juta unit, naik dari 12.5%), Samsung pula dengan penguasaan sebanyak 7.5% (3.4 juta unit, turun 5.7%) dan Garmin  4.7% (2.1 juta unit)

Jumlah keseluruhan penghantaran global bagi segmen peranti boleh pakai ialah 45.6 juta unit, meningkat 10.5% berbanding tahun lalu, dengan China menyumbang sebanyak 17.62 juta unit (naik 37.6%).

Berkaitan

  • HUAWEI WATCH 5 Dengan Teknologi X-TAP Dilancarkan Pada Harga RM1,799
  • Siri Huawei Watch Fit 4 Di Malaysia, GPS 30% Lebih Tepat
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang

Sumber: IDC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY