Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri EV

Bateri Pepejal Huawei: 5 Minit Cas, 3000KM Jarak

Diterbitkan Jun 19, 2025 · Dikemas kini Jun 20, 2025 oleh ariff bukhari

Huawei memasuki perlumbaan teknologi bateri masa depan dengan memfailkan paten bateri pepejal berasaskan sulfida yang mampu memberi jarak pemanduan sehingga 3,000km dan dicaj penuh hanya dalam 5 minit.

Bateri ini dikatakan mempunyai ketumpatan tenaga 2 hingga 3 kali lebih tinggi berbanding bateri lithium-ion biasa.

Huawei juga memperkenalkan kaedah baru untuk meningkatkan kestabilan dan keselamatan bateri dengan menambah nitrogen ke dalam elektrolit, bagi mengurangkan kerosakan pada sambungan antara elektrolit dan lithium.

Sebelum ini, mereka turut memfailkan paten untuk menghasilkan bahan elektrolit berkonduktiviti tinggi yang harganya boleh melebihi harga emas.

Syarikat seperti Xiaomi dan Nio juga sedang mencari jalan untuk menghasilkan bateri sendiri agar dapat mengurangkan kos pembuatan EV, di mana lebih separuh kosnya datang daripada bateri.

Walau bagaimanapun, dakwaan Huawei mengenai jarak dan masa pengecasan pantas itu masih bersifat teori dan memerlukan infrastruktur pengecasan khusus yang belum tersedia.

Di peringkat global, China kini menerajui teknologi bateri dengan lebih 7,600 paten bateri pepejal setiap tahun, iaitu hampir 37% daripada keseluruhan yang dipatenkan di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Xiaomi Patenkan Teknologi Bateri Keadaan Pepejal Baharu, 10 Minit Cas Beri Julat 800 Km
  • Teknologi Roket Honda Kini Saingi Model SpaceX

Sumber: CNC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY