Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HARMAN Beli ADAS ZF Bernilai ~RM7.2 bilion

HARMAN Beli ADAS ZF Bernilai ~RM7.2 bilion

Diterbitkan Disember 24, 2025 · Dikemas kini Disember 24, 2025 oleh ariff bukhari

HARMAN yang merupakan antara syarikat terkemuka global dalam teknologi audio kini mengumumkan perjanjian bernilai €1.5 bilion (~RM7.2 bilion) untuk mengambil alih perniagaan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) milik ZF Group.

Langkah ini sekali gus mengukuhkan kedudukan HARMAN dalam pasaran kenderaan berteknologi berasaskan perisian (SDV) dengan menggabungkan teknologi kamera pintar, radar, dan fungsi ADAS ke dalam platform kokpit digital mereka.

Dengan pengambilalihan ini, HARMAN merancang membina seni bina kenderaan bersepadu yang menyatukan keselamatan, pemanduan automasi, keselesaan, serta pengalaman dalam kabin.

HARMAN Beli ADAS ZF Bernilai ~RM7.2 bilion
Mathias Miedreich, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ZF; Young Sohn, Pengerusi Lembaga Pengarah HARMAN dan Penasihat Kanan, Samsung Electronics; dan Christian Sobottka, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden, Bahagian Automotif HARMAN, menandatangani perjanjian muktamad untuk HARMAN mengambil alih perniagaan ADAS ZF – mengukuhkan kepimpinan HARMAN dalam kenderaan berdefinisi perisian dan memajukan platform keselamatan-ke-pengalaman yang disepadukan untuk pengeluar kereta di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, sekitar 3,750 pekerja ZF dari Eropah, Amerika dan Asia akan berpindah ke HARMAN selepas peralihan selesai pada separuh kedua 2026, tertakluk kepada kelulusan pengawal selia.

ZF pula melihat langkah ini sebagai peluang mengurangkan hutang dan menumpukan kepada teknologi teras lain.

Berkaitan

  • Bowers & Wilkins Kini Milik Samsung – Perjanjian RM1.5 Bilion Kukuhkan Kuasa Audio Premium
  • Harman Kardon Lancar SoundSticks 5 Dan Aura Studio 5, Harga Bermula RM1,599
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Pengguna Android Disyor Aktifkan 6 Ciri Keselamatan Tambahan Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY