Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMAGE 2 (1)

Harman Kardon Lancar SoundSticks 5 Dan Aura Studio 5, Harga Bermula RM1,599

Diterbitkan November 7, 2025 · Dikemas kini November 7, 2025 oleh ariff bukhari

Harman Kardon memperkenalkan dua produk audio terbaru mereka, SoundSticks 5 dan Aura Studio 5, yang menggabungkan seni reka moden dengan bunyi premium.

SoundSticks 5 menampilkan reka bentuk lut sinar dengan tweeter kubah sutera berkembar, subwufer hala ke bawah, dan sistem pencahayaan ambien lima tema berinspirasikan alam.

Menyokong sambungan Bluetooth 5.4, Auracast™, serta HDMI ARC, sistem ini memberi pengalaman bunyi imersif dengan reka bentuk bergaya.

IMAGE 4
SoundSticks 5 hadir dengan reka bentuk ikonik model asal SoundSticks yang kekal sebagai karya reka bentuk klasik yang dipamerkan secara kekal di Museum of Modern Art (MoMA).

Sementara itu, Aura Studio 5 tampil dengan rekaan pencahayaan berlapis, enam pemacu dan teknologi HARMAN Constant Sound Field yang menghasilkan medan bunyi luas dan seimbang.

Ia dilengkapi 5 mod cahaya seperti Ocean dan Fireplace untuk memberikan suasana tenang dan menawan, sesuai untuk ruang moden.

IMAGE 3
Menerusi aplikasi Harman Kardon ONE, pengguna juga boleh melaras kesan audio dan pencahayaan dengan lebih teliti untuk pengalaman yang diperibadikan.

Mulai 7 hingga 10 November 2025, anda oleh membuat pra-tempahan untuk Harman Kardon Aura Studio 5 dan menikmati hadiah eksklusif selagi stok masih ada.

Harman Kardon Aura Studio 5 berharga RM1,599 dan Harman Kardon SoundSticks 5 pula berharga RM1,899 boleh didapati di stor rasmi Harman Kardon di:

  • Shopee – https://invl.me/cln22l3
  • Lazada – https://invl.me/cln22kz

Berkaitan

  • Creative Pebble X Plus, Pembesar Suara Sedap Dan Mampu Milik Untuk 'Setup' TV
  • Phantom Ultimate, Pembesar Suara Ultra Premium Paling Berkuasa Dari Devialet
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Marshall Bawakan Konsert Ke Rumah Dengan Bromley 750

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY