Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna Android Disyor Aktifkan 6 Ciri Keselamatan Tambahan Ini

Posted on Disember 22, 2025Disember 22, 2025

Android terkenal sebagai sistem operasi yang fleksibel dan terbuka, memberi pengguna kebebasan untuk menyesuaikan pengalaman mereka.

Namun, kebebasan ini datang bersama risiko keselamatan yang lebih tinggi.

Walaupun Google telah menyediakan ciri keselamatan terbina seperti sistem Play Protect untuk membantu melindungi peranti daripada aplikasi berbahaya dan pengesahan biometrik, perlindungan tambahan tetap penting.

Jadi, bagi meningkatkan lagi keselematan peranti Android, Google memperkenalkan Advanced Protection yang menambahkan lagi lapisan keselamatan yang lebih kukuh, melindungi data peribadi daripada dicuri atau digodam.

Advanced Protection

Ciri Advanced Protection menumpukan kepada 6 bahagian utama dalam peranti meliputi:

1. Device safety

  • Kunci Pengesanan Kecurian: Telefon akan terkunci secara automatik apabila pergerakan mencurigakan dikesan.
  • Kunci Peranti Luar Talian: Telefon terkunci sendiri apabila berada dalam keadaan luar talian.
  • But semula tidak aktif: Peranti akan dimulakan semula jika kekal terkunci selama tiga hari.
  • Perlindungan USB: Apabila skrin anda dikunci, ia melindungi peranti anda daripada akses tanpa kebenaran melalui sambungan USB.

2. Apps

  • Google Play Protect: Perlindungan terbina dalam Android yang mengesan perisian hasad dan aplikasi berbahaya. Ia diaktifkan secara lalai dan tidak boleh dimatikan apabila Perlindungan Lanjutan dihidupkan.
  • Aplikasi Tidak Dikenali: Pemasangan dan kemas kini aplikasi daripada sumber tidak dikenali akan disekat kerana berisiko membawa perisian berbahaya.
  • Memory Tagging Extension (MTE): Untuk aplikasi yang disokong, MTE diaktifkan secara automatik bagi menghalang kerosakan memori dan meningkatkan keselamatan peranti.

3. Networks

Perlindungan Rangkaian 2G: Bagi peranti yang disokong, apabila Perlindungan Lanjutan diaktifkan, peranti tidak lagi akan menyambung ke rangkaian 2G yang dianggap kurang selamat.

4. Web

  • Android Safe Browsing: Perlindungan Ancaman Langsung Android Safe Browsing akan diaktifkan bagi menyekat serangan pancingan data (phishing) daripada laman web berbahaya yang muncul dengan pantas.
  • Pelayaran Chrome: Untuk memastikan pelayaran lebih selamat, Chrome akan menguatkuasakan penggunaan sambungan HTTPS bagi semua laman web apabila tersedia.
  • Perlindungan JavaScript: Pengoptimum JavaScript akan dimatikan dalam Chrome bagi mengurangkan potensi pendedahan keselamatan.

5. Phone by Google

  • Caller ID & Spam: Mengenal pasti nombor spam yang diketahui dalam aplikasi Phone by Google sebelum anda menjawab panggilan.
  • Saringan Panggilan Automatik: Di rantau yang disokong, pembantu AI dalam Phone by Google akan menyaring panggilan masuk dan secara automatik menolak panggilan yang dikenal pasti sebagai spam.

6. Google Messages

  • Perlindungan Spam & Scam: Google Messages akan mengesan mesej tidak diingini atau berbahaya, membantu pengguna mengelak penipuan dan gangguan.
  • Amaran Pautan Tidak Selamat: Jika Advanced Protection diaktifkan, sistem memberi amaran tentang pautan daripada pengirim tidak dikenali, melindungi daripada serangan phishing dan laman web berbahaya.

Ciri ini tidak diaktifkan secara lalai. Jadi, anda perlu mengaktifkannya sendiri.

Ciri Advanced Protection boleh diaktifkan menerusi Settings > Google > All Services > Personal and device safety > Advanced Protection. 

Jadi, hanya dengan menghidupkan ciri ini sahaja, anda mendapat perlindungan tambahan ke atas 6 bahagian utama tersebut.

Apa yang dapat disimpulkan, apabila anda mengaktifkan ciri Advanced Protection (Perlindungan Lanjutan), anda akan mendapat ciri keselamatan dan privasi yang paling kuat untuk melindungi anda dan peranti anda daripada risiko serangan dalam talian, aplikasi berbahaya, dan risiko data ke atas maklumat sensitif seperti akaun bank, e-mel, dan dokumen kerja sulit anda.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress