Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
menara affin

Halogen Capital & Affin Bank Perkenal Dana Bitcoin Patuh Syariah

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Halogen Capital, pengurus dana aset digital pertama berlesen di Malaysia, bekerjasama dengan Affin Bank Berhad untuk mengedarkan Halogen Shariah Defensive Bitcoin Fund. Dana inovatif ini direka khas untuk pelabur berpendapatan tinggi dan institusi yang mahu melabur dalam Bitcoin dengan strategi perlindungan modal.

Dana ini menggabungkan deposit Islamik berisiko rendah dan Bitcoin berpotensi tinggi menerusi strategi ‘buy-and-hold’, memastikan kestabilan pelaburan walaupun dalam pasaran yang tidak menentu.

Menurut CEO Halogen Capital, Hann Liew, dana ini membolehkan pelabur memanfaatkan pertumbuhan Bitcoin tanpa risiko kehilangan modal yang besar serta kekal patuh Syariah.

Affin Bank pula melihat kerjasama ini sebagai satu langkah memperkenalkan alternatif pelaburan terkawal yang menghubungkan prinsip kewangan tradisional dengan pasaran aset digital.

Dana ini bersifat tertutup dan hanya ditawarkan kepada pelabur sofistikated, dengan tempoh pelaburan antara jangka pendek hingga sederhana (dua tahun). Pelaburan minimum bermula dari RM10,000, dengan caj jualan awal hingga 2% dan yuran pengurusan tahunan 1%.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Harga Lebih ~RM50,000, iPhone 16 Pro Max Bertemakan Bitcoin Diperkenalkan
  • Wi-Fi Hotel Di Tokyo Adalah Yang Terpantas Di Rantau Asia Pasifik - OOKLA
  • Apple Dedahkan Kelemahan Keselamatan Aplikasi 'Passwords' Sebelum iOS 18.2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY