Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 16 pro caviar bitcoin

Harga Lebih ~RM50,000, iPhone 16 Pro Max Bertemakan Bitcoin Diperkenalkan

Diterbitkan Januari 31, 2025 ยท Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh Amsyar Latif

Pembuat peranti mewah edisi terhad, Caviar, kembali dengan koleksi terbaru mereka yang memukau dan berharga ribuan dollar. Kali ini, mereka melancarkan iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max yang disaluti emas 24 karat.

Namun, yang lebih menarik ialah reka bentuk telefon ini diinspirasi daripada Bitcoin, mata wang kripto yang sering dikaitkan dengan kontroversi dan belum diterima sebagai mata wang sah di banyak negara.

iphone 16 pro caviar_1

Menurut Caviar, edisi khas ini adalah penghormatan kepada mata wang kripto terkemuka dunia. Reka bentuknya menampilkan ukiran logo 3D Bitcoin, dihiasi corak rantaian blok yang melambangkan potensi besar kewangan digital.

iphone 16 pro caviar_2

Bersempena dengan Presiden Amerika Syarikat ke-47, Donald J. Trump, Caviar hanya menjual 47 unit sahaja bagi edisi khas ini.

Dari segi harga, iPhone 16 Pro edisi Bitcoin bermula pada harga $11,130 (~RM50,000), manakala iPhone 16 Pro Max dijual pada harga asas $11,910 (~RM53,000).

Berkaitan

  • PS5 Golden Rock Dari Caviar Diperbuat Daripada 20kg Emas 18 Karat
  • Caviar Perkenal Apple Vision Pro Dengan Emas 18 Karat, Berharga Lebih RM186 Ribu
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Caviar Hasilkan Huawei Mate XT Edisi Emas 18 Karat, Berharga Sekitar RM400 Ribu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY