Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Passwords app apple_

Apple Dedahkan Kelemahan Keselamatan Aplikasi ‘Passwords’ Sebelum iOS 18.2

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh Amalina Athman

Dalam iOS 18, Apple telah mengasingkan alat pengurusan kata laluan yang sebelum ini hanya tersembunyi di bahagian ‘Settings’, kepada aplikasi kendiri yang dinamakan Passwords.

Kini, didedahkan bahawa pepijat HTTP yang serius telah menyebabkan pengguna Passwords berisiko terhadap serangan pancingan data selama hampir tiga bulan, bermula dari pelancaran awal iOS 18 sehingga tampalan diperkenalkan dalam iOS 18.2.

Menurut penyelidik keselamatan Mysk, fungsi aplikasi untuk menukar kata laluan secara langsung sebelum ini membuka laman web perkhidmatan berkaitan melalui HTTP yang tidak selamat secara default.

🚨 Apple's Passwords app was vulnerable to phishing attacks in iOS versions prior to 18.2. Its functionality to change a password from within the app used to open an account's website via insecure HTTP by default. This allowed an attacker with privileged network access to easily… pic.twitter.com/VrqFWSk4z1

— Mysk 🇨🇦🇩🇪 (@mysk_co) March 18, 2025

Situasi ini membolehkan penyerang dalam rangkaian yang sama – seperti di lapangan terbang atau kafe – memintas dan mengalihkan pelayar ke laman pancingan data yang menyerupai laman sebenar bagi mencuri kelayakan log masuk pengguna.

passwords apple_

Walaupun isu ini telah diperbaiki secara senyap pada Disember tahun lalu, Apple hanya mendedahkannya pada 17 Mac 2025. Kini, aplikasi Passwords menggunakan HTTPS secara default untuk semua sambungan.

Oleh itu, pastikan peranti anda menjalankan sekurang-kurangnya iOS 18.2 untuk perlindungan keselamatan yang lebih baik.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat
  • Ura-Ura: Ini Model iPhone Yang Dijangka Terima Sokongan iOS 19
  • Apple Dijangka Bawa Perubahan Besar Pada iOS 19

Sumber: 9To5Mac

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY