Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
the peninsula tokyo

Wi-Fi Hotel Di Tokyo Adalah Yang Terpantas Di Rantau Asia Pasifik – OOKLA

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh ariff bukhari

Pengembara seperti ahli-ahli perniagaan antarabangsa sudah tentunya akan memerlukan sambungan pantas dan stabil apabila menginap di hotel-hotel di luar negara bagi memastikan urusan perniagaan mereka berjalan lancar dan sempurna.

Kajian terkini oleh OOKLA menunjukkan kelajuan Wi-Fi di hotel-hotel mewah di bandar perniagaan utama Asia Pasifik (APAC) berbeza secara signifikan.

Kajian itu menilai kelajuan Wi-Fi hotel lima bintang di 6 buah negara termasuklah hotel mewah di Singapura, Tokyo, Jepun, Bangkok, Thailand, Hong Kong, China, Sydney, Australia dan Bali, Indonesia sepanjang 2024 lalu.

Hasil kajian membahagikan hotel kepada tiga kategori:

  • Prestasi Terbaik (lebih 100 Mbps): Cth: The Peninsula Tokyo (188.57 Mbps), Rosewood Hong Kong (113.21 Mbps).
  • Prestasi Baik (50-100 Mbps): Cth: Island Shangri-La Hong Kong, Four Seasons Sydney dan Tokyo, Mandarin Oriental Bangkok.
  • Prestasi Lemah (bawah 50 Mbps): Cth: Raffles Singapore (21.35 Mbps), InterContinental Singapore (20.03 Mbps).
Wi-Fi Hotel Di Tokyo Adalah Yang Terpantas Di Rantau Asia Pasifik – OOKLA
Hanya lima daripada 20 hotel terpilih menyediakan Wi-Fi dengan kelajuan muat turun median sekurang-kurangnya 100 Mbps. Majoriti hotel terpilih termasuk dalam kategori berprestasi baik (50–100 Mbps) atau kategori ketinggalan (di bawah 50 Mbps). Hotel terkemuka seperti The Peninsula Tokyo dan Rosewood Hong Kong menunjukkan kelebihan melabur dalam infrastruktur Wi-Fi berkualiti tinggi.

Menurut OOKLA, perbezaan ini dipengaruhi oleh teknologi Wi-Fi yang digunakan, reka bentuk rangkaian, serta frekuensi band Wi-Fi (2.4GHz atau 5GHz).

Kajian mereka menunjukkan, hotel yang menggunakan teknologi Wi-Fi terkini (Wi-Fi 6) serta rangkaian 5 GHz akan mempunyai prestasi yang lebih tinggi.

OOKLA menyarankan hotel mewah meningkatkan pelaburan dalam teknologi Wi-Fi moden seperti Wi-Fi 6E dan Wi-Fi 7 serta melakukan konfigurasi rangkaian lebih baik untuk kekal kompetitif dan memenuhi keperluan pengembara perniagaan yang semakin tinggi.

Berkaitan

  • 5G Malaysia Paling Konsisten Di Dunia - Ookla
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Malaysia Airlines Perketat Peraturan Penggunaan 'Power Bank' Dalam Pesawat - Berkuat Kuasa 1 April

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY