Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Sign In_New2

Halaman Log Masuk Akaun Google Kini Dengan ‘Wajah’ Baharu

Diterbitkan Februari 22, 2024 · Dikemas kini Februari 22, 2024 oleh Amalina Athman

Jika ada log masuk akaun Google baru-baru ini, pengguna mungkin melihat mesej “a new look is coming soon“.

Kini, Google sedang mengemas kini antara muka baharu pada halaman log masuk, mempamerkan rekaan yang lebih “moden” bersesuaian dengan Material Design.

Berkaitan

  • Cara Buang Sambungan Akaun Google Dengan Laman Web Atau Aplikasi Pihak Ketiga
  • Aplikasi Android Google Gemini Boleh Digunakan Di Malaysia, Ini Caranya
  • Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS
  • Jangan Masukkan Maklumat Sensitif Dalam Aplikasi Gemini - Google
  • Google Perkenal Gemma - Model AI Sumber Terbuka

Menurut Google, halaman log masuk akaun Google akan kelihatan sedikit berbeza dari segi visual, tetapi masih berfungsi dengan cara yang sama.

Bermakna, langkah-langkah untuk log masuk tidak berubah. Pengguna perlu memasukkan maklumat yang sama, seperti alamat e-mel dan kata laluan.

Google Sign In_New1

Halaman log masuk baharu mempunyai reka letak yang lebih baik untuk semua jenis skrin, termasuk skrin besar dan lebar, serta disesuaikan mengikut saiz skrin peranti. Sebagai contoh, butang “Next” baharu yang berbentuk pil, berbanding sebelumnya dengan segi empat.

Google Sign In_New2
Baharu
current look sign in google
Lama

Perubahan ini akan dipaparkan pada komputer, telefon dan tablet apabila log masuk ke aplikasi atau perkhidmatan Google di pelayar, seperti Chrome.

Jika menggunakan versi pelayar yang lebih lama, pengguna masih boleh melihat halaman log masuk yang lama.

Paparan halaman log masuk akaun Google baharu ini tersedia kepada semua pengguna dengan akaun peribadi Google dan pelanggan Google Workspace.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Lancar Power Auro 2000 Elite, Stesen Kuasa 2kWh Lebih Kompak Pada Harga RM6,509
©2026 WISER.MY