Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (25)

Cara Buang Sambungan Akaun Google Dengan Laman Web Atau Aplikasi Pihak Ketiga

Diterbitkan Februari 7, 2024 oleh Muhd Idham

Sebagai pengguna rangkaian internet, melayari sesuatu laman web itu untuk menggunakan perkhidmatan dan mencari maklumat yang disediakan oleh pihak mereka adalah perkara yang mesti dilakukan.

Namun begitu, terdapat laman web yang mengambil peluang dengan meminta butiran alamat e-mel pengguna untuk memberikan notis pemberitahuan tentang maklumat dan perkhidmatan terbaru yang ditawarkan oleh mereka.

Oleh yang demikian, tumpuan kita sering terganggu dengan notifikasi e-mel daripada pihak mereka dan timbul kerisauan alamat e-mel disalahgunakan.

Selain daripada butang unsubscribe, kini anda boleh tamatkan gangguan itu dengan cara ‘Delete all connections’.

Mula-mula, anda perlu buka aplikasi Google dan tekan ikon profil.

Phone Wallpaper (51)

Seterusnya, masuk bahagian ‘Manage your Google Account‘ dan pergi ke bahagian ‘Security‘.

Phone Wallpaper (52)

Tatal ke bawah sehingga anda jumpa bahagian ‘Your connections to third-party apps & services‘.

Phone Wallpaper (53)

Di dalam halaman itu, anda akan dipaparkan dengan senarai aplikasi perkhidmatan dalam talian dan laman web dalam yang pernah diakses oleh akaun Google semasa.

Phone Wallpaper (54)

Selepas itu, anda hanya perlu pilih pihak yang diingini dan tekan ‘Delete all connections you have with…‘.

Phone Wallpaper (55)

Akhir sekali, ia akan memaparkan kesan selepas yang di mana merangkumi perkara di bawah sebelum meneruskan dengan pengesahan.

  • Ketidakberkesanan akaun Google anda untuk menggunakan perkhidmatan daripada pihak tersebut.
  • Data akses akaun Google semasa tidak akan dipadam melainkan penggunanya pergi ke laman web itu sendiri.

Phone Wallpaper (56)

Berkaitan

  • Tencent Dilapor Sedang Bangunkan Permainan 'Elden Ring Mobile'
  • Ini Senarai 10 AI Paling Popular Digunakan Setakat Februari 2024
  • Kemas Kini Beta PS5 Terbaru Pertingkat Kualiti Penggunaan DualSense
  • Senarai Kaunter Daftar PADU Seluruh Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY