Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Jangan Masukkan Maklumat Sensitif Dalam Aplikasi Gemini – Google

Diterbitkan Februari 19, 2024 · Dikemas kini Februari 19, 2024 oleh Amalina Athman

Google baru-baru ini telah mengumumkan beberapa penambahbaikan bot sembang yang berasaskan AI generatif. Antaranya termasuk menukar nama daripada Bard kepada Gemini, mengeluarkan aplikasi Gemini untuk Android, langganan Gemini Advanced dan sebagainya.

Seiring pengumuman itu, Google telah mengeluarkan notis peringatan kepada semua pengguna Gemini untuk tidak berkongsi maklumat sensitif dengan bot sembang itu.

Berkaitan

  • Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android
  • Aplikasi Android Google Gemini Boleh Digunakan Di Malaysia, Ini Caranya
  • Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS

Melalui dokumen sokongan Google, ia menyatakan beberapa subset perbualan pengguna dipilih oleh penilai terlatih (human reviewer) bagi membantu menambah baik bot sembang itu.

 To help Gemini improve while protecting your privacy, we select a subset of conversations and use automated tools to help remove user identifying information (such as email addresses and phone numbers). 

Walaupun begitu, Google menjelaskan ia menggunakan peralatan automatik untuk mengalih keluar maklumat pengguna seperti alamat e-mel dan nombor telefon terlebih dahulu.

Sampel disimpan tiga tahun

Perbualan yang telah disemak atau diberi anotasi oleh penilai tidak dipadamkan selepas pengguna memadamkan aktiviti Gemini Apps. Sampel perbualan itu akan disimpan sehingga tiga tahun, secara berasingan daripada Akaun Google pengguna.

Conversations that have been reviewed or annotated by human reviewers (and related data like your language, device type, location info, or feedback) are not deleted when you delete your Gemini Apps activity because they are kept separately and are not connected to your Google Account. Instead, they are retained for up to three years.

Jangan masukkan maklumat sensitif

Bagi mengawal perkara yang boleh diakses oleh penilai, Google meminta pengguna untuk tidak memasukkan maklumat sensitif atau sebarang data yang tidak mahu dilihat penilai atau digunakan Google untuk menambah baik teknologi pembelajaran mesin, produk dan perkhidmatannya.

Don’t enter anything you wouldn’t want a human reviewer to see or Google to use. For example, don’t enter info you consider confidential or data you don’t want to be used to improve Google products, services, and machine-learning technologies.

Matikan ciri Gemini Apps Activity

Sekiranya ingin menggunakan aplikasi Gemini tanpa menyimpan perbualan dalam Google Account, pengguna boleh mematikan ciri Gemini Apps Activity.

Even when Gemini Apps Activity is off, your conversations will be saved with your account for up to 72 hours. This lets Google provide the service and process any feedback. This activity won’t appear in your Gemini Apps Activity.

Namun, Google masih menyimpan perbualan Gemini sehingga 72 jam untuk membantu mengekalkan dan menambah baik aplikasi Gemini.

Secara kesimpulan, sebaiknya pengguna mematuhi saranan Google untuk tidak memasukkan sebarang maklumat sensitif dalam interaksi dengan Gemini.

Sumber: Google, via LiveMint

Gambar utama: Live Science

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY