Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemma_1

Google Perkenal Gemma – Model AI Sumber Terbuka

Diterbitkan Februari 21, 2024 · Dikemas kini Februari 21, 2024 oleh Amalina Athman

Google hari ini memperkenalkan Gemma, iaitu model kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka yang ringan dan terkini untuk pembangun dan penyelidik.

Berkaitan

  • Aplikasi Android Google Gemini Boleh Digunakan Di Malaysia, Ini Caranya
  • Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS
  • Google Umum Gemini 1.5 Dengan Peningkatan Prestasi Dan Kecekapan

Dibangunkan oleh Google DeepMind dan pasukan Google yang lain, Gemma diilhamkan oleh Gemini dan namanya diambil daripada bahasa Latin – bermaksud “precious stone” atau batu berharga.

Menurut Google, Gemma dibangunkan daripada penyelidikan dan teknologi yang sama digunakan untuk menghasilkan model Gemini.

Terdapat dua saiz model yang tersedia, iaitu Gemma 2B dan 7B. Setiap saiz dikeluarkan dengan varian yang telah dilatih dan ditala arahan.

We’re releasing Gemma 2B and 7B, which achieve best-in-class performance for their sizes compared to other models, and can run on a developer laptop or computer.

They also surpass much larger models on key benchmarks while meeting our standards for safe and responsible outputs. pic.twitter.com/DTg18bwfXE

— Google DeepMind (@GoogleDeepMind) February 21, 2024

Model Gemma 7B dikatakan mempunyai prestasi melebihi model Llama-2 7B dan 13B yang digunakan secara meluas pada 8/8 penanda aras – meliputi pemahaman bahasa umum, penaakulan, matematik dan pengekodan. Ia boleh dijalankan pada komputer riba atau komputer pembangun.

Model Gemma telah pun tersedia secara global, bermula hari ini. Bersama-sama model ini, Google turut mengeluarkan Responsible Generative AI Toolkit yang menyediakan panduan amalan terbaik bagi penggunaan model terbuka seperti model Gemma.

Antaranya termasuk panduan menetapkan dasar keselamatan, penalaan keselamatan, pengelasan keselamatan dan penilaian model.

Sumber: Google DeepMind

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY