Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS

Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS

Diterbitkan Februari 14, 2024 · Dikemas kini Februari 14, 2024 oleh Amalina Athman

Google baru-baru ini telah mengumumkan Gemini, iaitu bot sembang yang dikuasakan dengan ciri AI Generatif.

Bagi peranti Android, aplikasi Gemini telah pun tersedia di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Di Malaysia, aplikasi Gemini hanya boleh dimuat turun secara sideload atau muat sisi, dan belum lagi tersedia secara rasmi di Google Play Store.

Sementara untuk pengguna iOS, Gemini kini boleh diakses secara terus daripada aplikasi Google.

Berkaitan

  • Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android
  • Aplikasi Android Google Gemini Boleh Digunakan Di Malaysia, Ini Caranya

Tidak seperti Android, pengguna iPhone tidak mempunyai akses Gemini melalui aplikasi khusus/kendiri. Sebaliknya, ciri AI ini boleh digunakan secara terus di aplikasi Google, yang kini mula tersedia secara berperingkat untuk peranti iOS.

Cara akses Gemini di iOS

Sebelum itu, pastikan anda telah memuat turun dan memasang aplikasi Google di App Store.

Kemudian, buka aplikasi Google dan tukar kepada Gemini seperti gambar di bawah. Klik Get Started > I Agree untuk persetujuan terma perkhidmatan Google dan AI Generatif.

Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS
Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS
Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS

Untuk memulakan interaksi dengan Gemini pada iOS, pengguna boleh menggunakan mikrofon untuk suara, teks, imej atau kamera. Sebagai contoh, muat naik gambar dan minta Gemini untuk hasilkan kapsyen bagi imej tersebut.

Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS
Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS
Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS

Perlu diketahui, respons tidak dibaca automatik dan pengguna perlu tekan ikon pembesar suara jika ingin mendengar respons yang telah dijana oleh Gemini.

Ciri AI ini boleh menyediakan ringkasan topik yang kompleks, menjana kod, menulis teks, membuat imej tersuai dan banyak lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY