Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untuk Menerajui Industri, Honda Dan Nissan Jalin Kerjasama Untuk Bina EV Baharu

Hala Tuju Penggabungan Honda, Nissan Bakal Diketahui Februari Ini

Diterbitkan Januari 31, 2025 · Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh Amsyar Latif

Dua pengeluar kereta terkemuka Jepun, Nissan dan Honda, sedang merancang penggabungan syarikat menjelang 2026 bagi menghadapi persaingan sengit pengeluar kereta elektrik (EV) dari China. Namun, keputusan muktamad mengenai hala tuju integrasi ini ditunda dari hujung Januari ke pertengahan Februari 2025, menurut jurucakap Nissan.

Perbincangan antara kedua-dua syarikat masih berjalan untuk merangka struktur penggabungan. Sebelum ini, mereka menyasarkan untuk menyelesaikan rundingan sekitar Jun ini, kemudian menubuhkan sebuah syarikat induk baharu sebelum Ogos 2026. Jika rancangan ini terlaksana, saham kedua-dua syarikat akan dikeluarkan dari senarai bursa.

Selain itu, Mitsubishi Motors, yang merupakan sebahagian daripada pakatan Nissan-Renault, dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk tidak menyertai penggabungan ini.

Walau apa pun, jika penggabungan tersebut berjaya dan selesai, langkah bersejarah ini bakal mengubah landskap industri automotif Jepun dan global, terutamanya dalam perlumbaan menghasilkan kenderaan elektrik yang lebih kompetitif.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Honda Demonstrasi Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal Bagi EV Dari Kilang Bernilai RM1.2 Bilion
  • Honda Dan Nissan Sahkan Rancangan Penggabungan, Akui Saingan Sengit Dari China
  • Nissan 'Convert' Skyline R32 GT-R Kepada EV

Sumber: reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY