Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honda nissan

Honda Dan Nissan Sahkan Rancangan Penggabungan, Akui Saingan Sengit Dari China

Diterbitkan Disember 24, 2024 ยท Dikemas kini Disember 24, 2024 oleh ariff bukhari

Pembuat kereta Jepun, Nissan dan Honda telah mengesahkan bahwa mereka telah mengadakan perbincangan rasmi untuk bergabung dan jika menjadi kenyataan, penggabungan itu bakal mewujudkan pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia yang baharu berdasarkan jualan.

“Kami masih di peringkat memulakan semakan kami, dan kami belum memutuskan integrasi perniagaan lagi, tetapi untuk mencari hala tuju kemungkinan integrasi perniagaan menjelang akhir Januari 2025.” Toshihiro Mibe, Pengarah Honda dan wakil Pegawai Eksekutif.

Kedua-dua syarikat itu kini sedang bergelut dengan persaingan global yang sengit dalam pasaran kenderaan elektrik daripada syarikat seperti Tesla dan BYD dari China.

Malah Toshihiro Mibe mengakui dengan persaingan sengit yang dihadapi mereka dari pemain automotif China.

“Kebangkitan pembuat kereta China dan pemain baharu telah banyak mengubah industri kereta. Kami perlu membina keupayaan untuk bertarung dengan mereka menjelang 2030, jika tidak, kami akan dikalahkan.

Honda berkata, hasil daripada penggabungan itu, mereka menyasarkan angka jualan sebanyak 30 trilion yen dan keuntungan operasi lebih daripada 3 trilion yen.

Menurut kenyataan akhbar yang sama daripada kedua-dua pembuat kereta itu, Honda akan memegang peranan majoriti dalam struktur pengurusan syarikat baharu itu.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian ASEAN 2025
  • Industri Minyak Sawit Malaysia Memanfaatkan Teknologi Angkasa

Sumber: Honda, Souqwnews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY