Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Honda Demonstrasi Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal Bagi EV Dari Kilang Bernilai RM1.2 Bilion

Posted on November 22, 2024November 22, 2024

Honda Motor Co., Ltd. telah mengadakan demonstrasi kilang pengeluaran bateri keadaan pepejal ( all-solid-state) untuk kenderaan elektrik (EV), yang dibangunkan secara bebas untuk pengeluaran besar-besaran yang terletak di Bandar Sakura, Tochigi, Jepun.

Demonstarsi itu bertujuan untuk menguji dan menubuhkan proses pengeluaran bateri yang akan digunakan dalam model elektrik pada separuh kedua 2020-an.

“Kami percaya bahawa kemajuan bateri akan menjadi penggerak dalam transformasi Honda. Kini, permulaan operasi barisan pengeluaran demonstrasi kami untuk bateri keadaan pepejal kami sudah kelihatan, dan kami boleh mengatakan bahawa kami telah mencapai pencapaian penting untuk Honda dan negara Jepun.” Keiji Otsu, Presiden dan Pengarah Perwakilan Honda R&D Co., Ltd.

Kilang berkeluasan 27,400 m² yang dianggarkan bernilai 43 bilion yen (~RM1.2 bilion) itu mereplikasi proses pengeluaran besar-besaran, termasuk pencampuran bahan elektrod, penekanan roll, pembentukan sel, dan pemasangan modul.

Pengeluaran bateri dijangka bermula pada Januari 2025, di mana Honda akan mengesahkan teknologi pengeluaran, kos, dan spesifikasi bateri.

Proses menekan roll.
Peralatan salutan elektrod positif yang diguna dalam demonstrasi tersebut.
Sampel sel bateri.
.Barisan demonstrasi ini sebahagiannya dibiayai oleh geran daripada Dana Inovasi Hijau Pertubuhan Pembangunan Teknologi Tenaga Baharu dan Perindustrian (NEDO) Jepun.

Honda menggunakan teknik penekanan roll inovatif untuk meningkatkan kepadatan elektrolit dan produktiviti, sekali gus dapat mengurangkan masa pengeluaran sel serta kos tidak langsung seperti penggunaan tenaga.

Bateri dari kilang ini akan dimuatkan dalam pelbagai produk mobiliti Honda, termasuk motosikal dan pesawat, dengan matlamat mengurangkan kos melalui skala ekonomi.

Honda menyasarkan karbon neutral menjelang 2050 dan mahu kenderaan elektrik sepenuhnya mewakili 100% jualan baru menjelang 2040.

Bateri keadaan pepejal dengan ketumpatan tenaga tinggi dan rintangan haba ini dijangka menyelesaikan cabaran EV seperti jarak, harga, dan masa pengecasan.

{suggest}

Sumber: Honda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress