Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
R32 GT-R EV

Nissan ‘Convert’ Skyline R32 GT-R Kepada EV

Diterbitkan Januari 15, 2025 · Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh ariff bukhari

Sekumpulan kecil jurutera Nissan telah bergabung untuk menukarkan salah satu kereta berprestasi Nissan yang paling ikonik kepada teknologi EV terkini.

Projek oleh sekumpulan kecil jurutera Nissan di Jepun itu telah memilih Skyline R32 GT-R untuk diubah sebagai kenderaan elektrik (EV) dengan tujuan menyiasat potensi elektrifikasi untuk memberikan pengalaman pemanduan yang menarik dan bermanfaat seperti R32 GT-R.

Hasil projek itu telah ditayangkan di pameran 2025 Tokyo Auto Salon.

R32 GT-R EV 1

Mengetuai projek itu ialah jurutera powertrain EV Nissan berpengalaman, Ryozo Hiraku. Beliau merupakan seorang peminat R32 GT-R dan pernah memiliki R32 Skyline sendiri.

Keputusan beliau untuk menggunakan R32 GT-R sebagai kenderaan asas bagi eksplorasi pasukan ini didorong oleh hasrat untuk menjadikan kereta yang dihormatinya itu kepada elektrik, supaya ia dapat terus dipandu selama beberapa dekad akan datang.

Pasukan itu juga yakin bahawa jika mereka berjaya memadankan prestasi pemanduan model legenda itu kepada elektrik, pengetahuan dari pengalaman itu boleh menyokong pembangunan EV masa depan.

R32 GT-R EV 2

Bagi meniru kehebatan enjin 2.6 liter twin-turbo asalnya, pasukan tersebut memasang sepasang motor elektrik 160kW dengan masing-masing mampu menghasilkan sehingga 340 Nm tork.

Mereka menanggalkan tempat duduk belakang dan menggantikannya dengan bateri 62kWh yang diambil daripada LEAF NISMO RC02.

Walaupun R32 EV lebih berat kira-kira 370 kg berbanding kenderaan asal akibat pek bateri dan komponen elektrik, jurutera Nissan telah melaraskan output dan torknya agar sepadan dengan nisbah tork-ke-berat R32 GT-R yang asal.

Seperti R32 GT-R asal, pasukan R32 EV berusaha mencipta kereta pemanduan sejati, bukan sekadar mengejar kuasa maksimum dan prestasi lurus.

Kunci dinamiknya ialah sistem pacuan semua roda (AWD) yang cemerlang.

R32 GT-R EV 3
Sistem ATTESA E-TS AWD pada R32 GT-R asal yang diperkenalkan 35 tahun lalu, memberikan daya tarikan dan kestabilan hebat dalam semua cuaca dengan sistem klac hidraulik yang boleh membahagikan tork hingga 50:50 antara roda depan dan belakang.

Jadi, untuk pembangunan R32 EV, pasukan itu melaraskan motor elektrik berkembar untuk menandingi penanda aras kenderaan asal.

Dengan sensor moden dan tanpa komponen mekanikal seperti klac, motor elektrik ini dapat bertindak balas lebih pantas dan mengagihkan tork antara roda depan dan belakang dengan lebih tepat.

R32 GT-R EV 4
R32 EV dilengkapi dengan kit suspensi NISMO Sports bersama penyerap hentak Öhlins untuk memastikan pengendalian yang optimum dan mengurangkan olengan badan (body roll) walaupun dengan penambahan berat komponen EV. Ia juga menggunakan roda 18-inci yang direka khas menyerupai aloi 16-inci asal R32 GT-R bagi menampung saiz brek yang lebih besar (lebih besar daripada R35 GT-R) untuk meningkatkan kuasa brek R32 EV.

R32 EV ini mengekalkan pengalaman pemanduan R32 GT-R dengan fungsi paddle shift dan pembesar suara kabin yang menghasilkan bunyi seperti enjin RB26DETT.

Sensasi “shift shock” juga diprogramkan untuk meniru rasa hentakan semasa menukar gear secara manual.

R32 GT-R EV 6
Tempat duduk asal diganti dengan Recaro khas.
R32 GT-R EV 5
sistem audio, meter, dan kluster petunjuk dinaik taraf kepada skrin digital beresolusi tinggi yang mengekalkan profil asal elemen ikonik R32 GT-R.

Projek R32 EV tidak akan dikomersilkan atau menawarkan kit penukaran, tetapi memberikan pengalaman berharga kepada pasukan yang telah mencurahkan banyak masa lapang mereka untuk merealisasikan visi ini.

Berkaitan

  • Toyota Tayang AE86 Diubah Menjadi Kereta EV Dan Hidrogen
  • Syarikat Ini Boleh Tukarkan Kereta Anda Kepada EV Dalam 8 Jam Sahaja
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia

Sumber: Nissan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY