Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GX Bank_featured image

GXBank Akan Kenakan Yuran Pengeluaran, Penggantian Kad Bermula 17 April

Diterbitkan April 4, 2025 ยท Dikemas kini April 4, 2025 oleh Amalina Athman

GXBank baru-baru ini memaklumkan bahawa pihaknya akan mula mengenakan yuran bagi pengeluaran kad debit baharu serta penggantian kad, berkuat kuasa pada 17 April 2025.

Menurut GXBank, pengguna GXBank akan dikenakan yuran sebanyak RM12 untuk pengeluaran kad fizikal baharu semasa pengaktifan atau penggantian kad.

Namun, kedua-dua yuran ini akan dikecualikan bagi pelanggan yang mengekalkan baki purata sebanyak RM1,000 atau lebih dalam akaun GX mereka selama 30 hari berturut-turut dari tarikh pengeluaran kad GX.

Yuran ini akan ditolak daripada akaun GX semasa pengeluaran kad dan akan dipulangkan sekiranya syarat baki purata dipenuhi.

Perlu diketahui bahawa yuran yang dikenakan hanya melibatkan pengeluaran kad baharu atau penggantian kad, manakala yuran tahunan bagi kad GX kekal tanpa bayaran.

Dalam perkembangan lain, GXBank akan terus mengecualikan caj RM1 untuk pengeluaran tunai melalui ATM MEPS serta yuran transaksi luar negara sebanyak 1.2%, sehingga 6 Mei 2025, atau pada tarikh lain yang ditetapkan oleh GXBank dengan notis terlebih dahulu.

Berkaitan

  • GXBank Tamatkan Sokongan Aplikasi Untuk Android 11
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Moomoo & GXBank Bekerjasama, Permudah Pelaburan Untuk Rakyat Malaysia
  • GXBank Akan Kuat Kuasa Tempoh Bertenang 1 Jam Untuk Peningkatan Had Transaksi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY