Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1. GX 2.0 – Pei-Si Lai and the GXBank management team

GXBank Perkenal Dua Pelan Pinjaman Baharu

Diterbitkan November 6, 2024 oleh Rushsyafizal

GXBank (GX Bank Berhad) meraikan ulang tahun pertama mereka dengan memperkenalkan inisiatif baharu GX 2.0 Next Starts Now untuk menyokong keperluan kewangan rakyat Malaysia serta mempercepatkan pertumbuhan ekosistem keusahawanan tempatan.

Antara yang diumumkan adalah produk baharu GX FlexiCredit dan GX Biz Banking yang menyasarkan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS), serta program inkubator teknologi TeXnovasi yang dijayakan bersama Grab Malaysia dan disokong oleh Cradle, MYStartup, serta 1337 Ventures.

Produk GX FlexiCredit, yang dilancarkan secara berperingkat mulai November 2024, membolehkan rakyat Malaysia yang layak untuk menerima kelulusan kredit sehingga RM150,000 dalam masa beberapa minit. Pelanggan boleh membuat pengeluaran tunai segera dan menyelesaikan pinjaman lebih awal tanpa caj tambahan.

Untuk menyokong PMKS, GXBank turut memperkenalkan GX Biz Banking, yang membolehkan perniagaan kecil membuka akaun digital sepenuhnya dengan faedah harian. Melalui akaun GX Biz, usahawan mikro boleh memohon GX Biz FlexiLoan dengan had kredit hingga RM150,000 dan tempoh pembayaran fleksibel sehingga 3 tahun. GXBank bercadang untuk membuka akses GX Biz Banking ke semua perniagaan kecil di Malaysia pada awal tahun 2025.

Program TeXnovasi, hasil kolaborasi GXBank dan Grab Malaysia, menawarkan peluang kepada syarikat rintis (startup) untuk mendapatkan bimbingan dan sokongan. Melalui kerjasama dengan pakar industri dan latihan intensif, usahawan teknologi boleh mencipta penyelesaian inovatif yang menyokong pembangunan landskap kewangan Malaysia.

Norman Matthieu Vanhaecke, CEO Cradle, menyatakan bahawa TeXnovasi adalah platform penting yang mampu membawa syarikat teknologi tempatan ke peringkat global dan memperkukuh visi Malaysia sebagai hab teknologi serantau.

Turut hadir di acara pelancaran adalah rakan kongsi seperti Grab Malaysia, Jaya Grocer, Moomoo, PayNet dan Shopback, yang menawarkan promosi menarik untuk pelanggan GXBank dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Jepun Hantar Satelit Kayu Pertama Di Dunia Ke Angkasa
  • Geely Perkenalkan Galaxy Starship 7, PHEV Dengan Julat Sejauh 1,430Km
  • Tempahan Dalam Talian Untuk BYD Sealion 7 Dibuka, Hanya RM1,000
  • Seperti Kembali Guna Kuda, Pemandu EV Tak Akan Beralih Semula Ke Petrol - Geely

Sumber: Siaran media GXBank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY