Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GX Bank_featured image

GXBank Akan Kuat Kuasa Tempoh Bertenang 1 Jam Untuk Peningkatan Had Transaksi

Diterbitkan Januari 21, 2025 ยท Dikemas kini Januari 21, 2025 oleh Amalina Athman

GXBank akan melaksanakan Cooling Off Period atau Tempoh Bertenang 1 jam, bermula 12 Februari 2025.

Melalui notis yang dikeluarkan hari ini, GXBank memaklumkan Tempoh Bertenang itu akan diaktifkan apabila pengguna menaikkan had pemindahan harian. Pengguna akan dimaklumkan melalui e-mel dan push notification sebaik sahaja tempoh tersebut tamat.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/01/21161733/WhatsApp-Video-2025-01-21-at-15.36.50-1.mp4

Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh itu, pengguna masih boleh melakukan transaksi dengan had pemindahan semasa.

Juga, perlu diketahui bahawa Tempoh Bertenang tidak akan dikenakan bagi penurunan had pemindahan had harian – yang mana ia akan berkuat kuasa serta-merta.

Menurut GXBank, pelaksanaan Tempoh Bertenang ini merupakan langkah bagi melindungi pengguna daripada scam dan penipuan perbankan, dengan menghalang peningkatan had transaksi tanpa kebenaran.

Ia memberikan masa untuk pengguna bertindak, seperti menghubungi Khidmat Pelanggan 24/7 GXBank di talian +603 7498 3188 atau menggunakan ciri “Lock Account” dalam aplikasi untuk menyekat akaun buat sementara waktu.

Berkaitan

  • GXBank Tamatkan Sokongan Aplikasi Untuk Android 11
  • GXBank Perkenal Dua Pelan Pinjaman Baharu
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Moomoo & GXBank Bekerjasama, Permudah Pelaburan Untuk Rakyat Malaysia

Sumber: GXBank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY