Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE 4_apple hub

Gurman: iPhone SE Baharu Akan Dilancar Minggu Ini

Diterbitkan Februari 10, 2025 · Dikemas kini Februari 10, 2025 oleh Amalina Athman

Apple merancang untuk memperkenalkan iPhone SE baharu pada minggu ini, menurut Mark Gurman dari Bloomberg.

Dalam siaran Power On dan hantaran di media sosial, Gurman berkata iPhone SE 4 baharu “akan tiba minggu ini”. Sebelum ini, beliau menyatakan bahawa Apple dijangka mengumumkan peranti tersebut seawal minggu ini, namun kenyataan terbarunya kini kelihatan lebih meyakinkan.

Power On: Apple’s new iPhone SE coming this week will kick off one of the most pivotal periods in the iPhone’s nearly two decade history https://t.co/npwXOGgv63

— Mark Gurman (@markgurman) February 9, 2025

Memandangkan tiada sebarang acara yang dijadualkan dalam tempoh terdekat, berkemungkinan iPhone SE 4 akan diumumkan melalui siaran akhbar yang diterbitkan di laman Apple Newsroom.

Berkenaan spesifikasi, ura-ura setakat ini mengatakan iPhone SE 4 akan menampilkan gabungan ciri daripada iPhone 14 dan iPhone 16, termasuk skrin OLED 6.1-inci, FaceID, port USB-C serta kamera belakang tunggal 48MP.

Dengan cip A18 dan 8GB RAM yang dikhabarkan, peranti ini juga dijangka menyokong Apple Intelligence. Sama ada ia akan hadir dengan takuk atau Dynamic Island, maklumat ini masih bercanggah.

Sebagai perbandingan, iPhone SE sedia ada dilengkapi cip A15 Bionic, butang Touch ID serta port Lightning.

Berkaitan

  • iPhone SE 4 Dikatakan Akan Dilengkapi 48MP Kamera Belakang, 12MP Swafoto
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Imej Terbaru Dedahkan Kemungkinan Rekaan Sebenar iPhone SE 4
  • iPhone SE 4 Mungkin Dilengkapi 'Dynamic Island'

Sumber: Bloomberg (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY