Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
concept Apple Fold_ceotech it

Gurman: iOS 27 Akan Utamakan Ciri Baharu Untuk iPhone Boleh Lipat

Diterbitkan Julai 21, 2025 ยท Dikemas kini Julai 21, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dijangka akan memulakan pembangunan iOS 27 tidak lama lagi, dengan sistem operasi itu bakal disesuaikan bagi menyokong iPhone boleh lipat pertamanya.

Dalam edisi terbaharu Power On, Mark Gurman melaporkan bahawa iOS 27 akan “mengutamakan” pembangunan ciri perisian yang direka khusus untuk peranti boleh lipat Apple dengan rekaan seperti buku, yang dijangka diperkenalkan sekitar hujung 2026.

Dan sebagai sebahagian daripada pembangunan iOS 27, yang dijangka akan bermula tidak lama lagi, Apple akan mengutamakan ciri perisian yang direka khusus untuk bentuk peranti baharu ini.

iPhone boleh lipat Apple dikatakan akan menampilkan skrin utama berukuran sekitar 7.8 inci dan skrin luaran bersaiz 5.5 inci, menjadikannya hampir sebesar skrin iPad mini apabila dibuka sepenuhnya.

Menurut Ming-Chi Kuo, peranti ini mungkin tidak menyokong Face ID, sebaliknya akan menggunakan Touch ID sebagai kaedah pengesahan biometrik.

Walaupun iOS 27 akan memfokuskan sokongan untuk iPhone boleh lipat, laporan Gurman tidak menunjukkan bahawa Apple akan mengabaikan ciri baharu untuk pengguna iPhone biasa. Pengguna sedia ada masih boleh menjangkakan pembaharuan sistem operasi seperti biasa untuk tahun depan.

Berkaitan

  • Bloomberg: Apple Pernah Pertimbang iPhone 17 Air Tanpa Port USB-C
  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 26
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Apple Saman Jon Prosser - Didakwa Curi Maklumat Rahsia iOS 26

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY