Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16e USB-C 2_Apple

Bloomberg: Apple Pernah Pertimbang iPhone 17 Air Tanpa Port USB-C

Diterbitkan Mac 17, 2025 · Dikemas kini Mac 17, 2025 oleh Amalina Athman

Apple pernah mempertimbangkan untuk melancarkan iPhone 17 Air tanpa port pengecasan USB-C dan bergantung sepenuhnya kepada pengecasan tanpa wayar, menurut Mark Gurman dari Bloomberg.

Dalam laporan Power On, Gurman menyatakan bahawa walaupun Apple akhirnya memutuskan untuk tidak menjadikan iPhone 17 Air sebagai model iPhone pertama tanpa port pengecasan, idea tersebut masih dalam pertimbangan untuk model iPhone pada masa hadapan.

Tambahnya lagi, iPhone 17 Air memberi gambaran awal tentang peralihan ke model yang lebih nipis tanpa port pengecasan.

iPhone 17 Air menandakan permulaan perubahan besar bagi Apple. Para eksekutif Apple berkata bahawa jika iPhone baharu ini berjaya, syarikat itu berhasrat untuk sekali lagi mencuba menghasilkan iPhone tanpa port dan mengalihkan lebih banyak modelnya ke reka bentuk yang lebih nipis.

Perbincangan mengenai iPhone tanpa port pengecasan bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa Apple mungkin memperkenalkan iPhone dengan pengecasan tanpa wayar sepenuhnya. Namun, sehingga kini, perkara itu masih kekal sebagai spekulasi yang belum direalisasikan.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan
  • iPhone 17 Pro Max Mungkin Lebih Tebal Berbanding iPhone 16 Pro Max
  • Sekurang-kurangnya Satu Model iPhone 17 Akan Dilengkapi Sistem Penyejukan 'Vapor Chamber'

Sumber: Bloomberg

Gambar utama: iPhone 16e/Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY