Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perjanjian Perkongsian Rangkaian 4G 6 Hala Dilaksana, Fokus Tingkatkan Liputan Mudah Alih Di 7 Kawasan

Perjanjian Perkongsian Rangkaian 4G 6 Hala Dilaksana, Fokus Tingkatkan Liputan Mudah Alih Di 7 Kawasan

Diterbitkan Januari 28, 2025 · Dikemas kini Januari 28, 2025 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan, Malaysia merupakan negara pertama menyaksikan perjanjian perkongsian Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) 4G 6 Hala.

Beliau berkata, perjanjian yang telah dimeterai pada Mei 2024 lepas mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan kerana syarikat telekomunikasi (telco) perlu membangunkan infrastruktur yang membolehkan mereka bekerjasama.

Garis panduan ini bertujuan menetapkan prinsip, proses dan panduan bagi pelaksanaan Perkongsian Infrastruktur Rangkaian oleh Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) yang terdiri daripada syarikat-syarikat telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, TM, U-Mobile, YTL Communications dan Konsortium Jaringan Selangor.

Perjanjian Perkongsian Rangkaian 4G 6 Hala Dilaksana, Fokus Tingkatkan Liputan Mudah Alih Di 7 Kawasan

Majlis pelancaran anjuran MCMC itu telah diadakan di Kuala Pilah dengan pelancaran menara telekomunikasi baharu sebagai simboliknya.

Setakat ini, sebanyak 5 lokasi MOCN 4G 6 Hala ini dilaksanakan iaitu di Ikon Tengkolok, Bukit Putus dan Kem Pengakap, Bukit Putus, Negeri Sembilan, Prima Gambang (Pahang), Plaza Tol Kota Seri Langat West Coast Expressway (WCE), Banting (Selangor) dan Tanjung Asam (Pulau Pinang).

MOCN menggalakkan kerjasama, mengoptimumkan sumber serta meningkatkan kesalinghubungan khususnya di 7 kawasan yang mendapat liputan kurang memuaskan meliputi lebuh raya, universiti awam, hospital, kawasan acara, kawasan pelancongan, stadium, dan penempatan tentera serta polis.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Bakal Penyedia Rangkaian 5G Kedua Di Malaysia Buka Stor Flagship Terbaru Di Sunway Pyramid
  • Kerajaan Lancarkan Chatbot AIFA, AI Memerangi Maklumat Palsu

Sumber: MCMC, Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY