Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI o3 o4 mini_1

OpenAI Lancar o3, o4-mini – Model Penaakulan Paling Berkuasa, Boleh ‘Berfikir’ Dengan Imej

Diterbitkan April 17, 2025 · Dikemas kini April 17, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini melancarkan dua model penaakulan AI baharu dalam o-series, iaitu o3 dan o4-mini.

Menurut OpenAI, o3 merupakan model penaakulan paling berkuasa yang merentasi pelbagai bidang seperti pengekodan, matematik, sains, persepsi visual dan banyak lagi.

Sementara o4-mini pula adalah model lebih kecil yang dioptimumkan untuk penaakulan lebih pantas dan kos efektif. Model ini mampu mencapai prestasi luar biasa bagi saiz dan kosnya, terutamanya dalam bidang matematik, pengkodan, dan tugas-tugas visual.

OpenAI juga mengatakan bahawa o3 dan o4-mini dapat “berfikir dengan imej“, yang bermaksud model-model ini dapat mengintegrasikan imej secara langsung ke dalam rantaian pemikiran.

thinking_with_images_static (1)

Sebagai contoh, pengguna boleh memuat naik foto papan putih, diagram dalam buku teks atau lakaran tangan – dan model ini boleh mentafsirkannya, walaupun imej kabur, terbalik atau berkualiti rendah.

Ia boleh memanipulasi imej secara langsung – memutar, memperbesar, atau mengubahnya sebagai sebahagian daripada proses penaakulan.

Introducing OpenAI o3 and o4-mini—our smartest and most capable models to date.

For the first time, our reasoning models can agentically use and combine every tool within ChatGPT, including web search, Python, image analysis, file interpretation, and image generation. pic.twitter.com/rDaqV0x0wE

— OpenAI (@OpenAI) April 16, 2025

Selain itu, o3 dan o4-mini mempunyai akses penuh kepada alat-alat dalam ChatGPT, serta alat-alat khusus melalui panggilan fungsi dalam API. Antaranya termasuk fungsi carian web dan penjanaan imej.

OpenAI berkata kedua-dua model ini merupakan model paling pintar yang pernah diperkenalkan, dan dalam banyak situasi, ia juga lebih cekap berbanding pendahulunya, iaitu o1 dan o3-mini.

Ketersediaan

Pengguna ChatGPT Plus, Pro, dan Team akan mula melihat model o3, o4-mini, dan o4-mini-high dalam pemilih model bermula hari ini, menggantikan model terdahulu iaitu o1, o3-mini, dan o3-mini-high.

Pengguna ChatGPT Enterprise dan Edu pula akan mendapat akses dalam masa seminggu lagi. Pengguna percuma pula boleh mencuba o4-mini dengan memilih ‘Think’ dalam composer (kotak teks arahan) atau pilihan tukar model.

OpenAI o3 o4 mini_2

Had kadar penggunaan untuk semua pelan kekal sama seperti model-model sebelum ini.

Kedua-dua model o3 dan o4-mini juga tersedia untuk pembangun melalui Chat Completions API dan Responses API.

Dalam perkembangan lain, OpenAI dijangka akan melancarkan o3-pro dalam beberapa minggu lagi dengan sokongan penuh untuk semua alat. Buat masa ini, pengguna Pro masih boleh mengakses o1-pro.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • OpenAI Bakal Lancar GPT-5 Dengan Integrasi Model o3, Percuma Untuk Semua Pengguna
  • OpenAI Perkenal GPT-4.1 Dengan Sokongan 1 Juta Token, Peningkatan Pengekodan
  • OpenAI Dilapor Sedang Bangunkan Rangkaian Sosial Seakan Platform X

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY