Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Fungsi Memori ChatGPT Percuma Ditingkatkan, Tapi Ada Beza Dengan Versi Berbayar

Diterbitkan Jun 4, 2025 · Dikemas kini Jun 4, 2025 oleh Amalina Athman

Mulai 3 Jun 2025, OpenAI memperkenalkan peningkatan fungsi Memori kepada pengguna ChatGPT akaun percuma yang log masuk.

Selain daripada memori yang disimpan sebelum ini, ChatGPT kini boleh merujuk semula perbualan terbaru untuk memberikan respons yang lebih relevan dan disesuaikan mengikut keperluan setiap pengguna.

Dengan ciri Memori yang baru, ChatGPT kini mampu menyimpan perbualan untuk tempoh lebih lama. Walau bagaimanapun, ciri Memori pada versi percuma masih mempunyai beberapa had.

Pengguna percuma hanya mendapat akses kepada versi ringan fungsi memori yang membolehkan kesinambungan jangka pendek dalam perbualan, manakala memori untuk pengguna Plus dan Pro memberikan pemahaman jangka panjang tentang pengguna.

Ketersediaan

Menurut OpenAI, pengguna percuma di EEA (EU +UK), Switzerland, Norway, Iceland atau Liechtenstein perlu mengaktifkan tetapan ini secara manual melalui Settings > Personalization > Memory > Reference chat history.

Di luar kawasan Eropah yang disenaraikan di atas, semua pengguna percuma yang telah mengaktifkan memori akan menerima naik taraf ini secara automatik dan berperingkat.

Pengguna juga boleh mengawal memori ChatGPT dan mematikan rujukan kepada “memori tersimpan” atau “sejarah sembang” pada bila-bila masa dalam tetapan, atau gunakan mod “Temporary Chat” untuk perbualan yang tidak menggunakan atau mengemas kini memori.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Ucap "Terima Kasih" Dan 'Tolong" Pada ChatGPT Rupanya Membazirkan Jutaan Dolar
  • GPT-4.1 Kini Boleh Diakses Oleh Pengguna ChatGPT
  • Golongan Muda Paling Ramai Guna ChatGPT Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY