Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI ChatGPT

ChatGPT Perkenal Ciri Rakaman Mesyuarat, Sambungan Ke Storan Awan

Diterbitkan Jun 5, 2025 · Dikemas kini Jun 5, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI kini menambah pelbagai ciri baharu dalam ChatGPT untuk pengguna berbayar, termasuk integrasi dengan perkhidmatan storan awan, rakaman mesyuarat serta sokongan sambungan Model Context Protocol (MCP) untuk penyelidikan mendalam.

Melalui ciri connectors, ChatGPT kini boleh disambungkan terus ke Dropbox, Box, SharePoint, OneDrive dan Google Drive.

Ini membolehkan ChatGPT mengakses maklumat daripada storan awan milik pengguna untuk menjawab soalan seperti “berapa jumlah pendapatan syarikat saya pada suku pertama tahun lepas?” atau memberikan hujah pelaburan berdasarkan slaid pembentangan yang disimpan.

Ciri ini tersedia untuk pengguna Plus & Pro (kecuali EEA, Switzerland, UK) serta pengguna Team, Enterprise dan Edu.

ChatGPT can now connect to more internal sources & pull in real-time context—keeping existing user-level permissions.

Connectors available in deep research for Plus & Pro users (excl. EEA, CH, UK) and Team, Enterprise & Edu users:

Outlook
Teams
Google Drive
Gmail
Linear
& more

— OpenAI (@OpenAI) June 4, 2025

Selain itu, OpenAI turut memperkenalkan ciri record mode untuk pengguna Team di macOS. Ciri ini membolehkan rakaman mesyuarat, sesi curah pendapat (brainstorming) atau nota suara.

ChatGPT akan menyalin rakaman tersebut, mengenal pasti isi penting dan menukarkannya menjadi tindakan susulan, pelan kerja atau kod.

Menurut syarikat itu, ciri ini akan diperluaskan kepada pengguna Plus, Pro, Enterprise dan Edu tidak lama lagi.

Pentadbir ruang kerja dalam pelan Team, Enterprise dan Edu, serta pengguna Pro kini boleh membina sambungan penyelidikan mendalam tersuai menggunakan Model Context Protocol (MCP) dalam versi beta.

MCP membolehkan sambungan kepada sistem milik syarikat dan aplikasi lain supaya pasukan organisasi dapat mencari, menganalisis, dan bertindak berdasarkan pengetahuan dari pelbagai sumber, termasuk hasil carian web dan sambungan pra-bina.

Workspace admins can also now build custom deep research connectors using Model Context Protocol (MCP) in beta.

MCP lets you connect proprietary systems and other apps so your team can search, reason, and act on that knowledge alongside web results and pre-built connectors.…

— OpenAI (@OpenAI) June 4, 2025

OpenAI menegaskan semua ciri baharu ini akan mengikut hierarki kawalan akses yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi, memastikan data dan kebenaran pengguna kekal terjamin.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Ciri Baharu ChatGPT Kini Mudahkan Pengguna Akses Semua Imej Dijana
  • GPT-4.1 Kini Boleh Diakses Oleh Pengguna ChatGPT
  • Fungsi Memori ChatGPT Percuma Ditingkatkan, Tapi Ada Beza Dengan Versi Berbayar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY