Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6_

GTA 6 Akan Dilancar Di Konsol Dulu, Versi PC Kemudian – CEO Take-Two

Diterbitkan Mei 5, 2026 oleh Amsyar Latif

Take-Two Interactive mengesahkan tarikh rasmi pelepasan Grand Theft Auto VI (GTA VI) pada 19 November 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X/S terlebih dahulu.

Versi PC pula akan dikeluarkan pada tarikh kemudian.

Pengumuman ini dibuat oleh CEO Take-Two, Strauss Zelnick dalam temu bual eksklusif dengan Bloomberg. Beliau menjelaskan bahawa Rockstar Games sentiasa melancarkan permainan utama mereka di platform konsol terlebih dahulu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada “core consumer” iaitu pemain konsol.

“Rockstar sentiasa mula dengan konsol…kerana kami mahu memberi tumpuan kepada pemain teras terlebih dahulu,” kata Zelnick.

Menurut beliau, jangkaan terhadap GTA VI adalah sangat tinggi sehingga digambarkan sebagai “sangat menakutkan”. Ia dijangka menjadi salah satu pelancaran terbesar dalam sejarah industri permainan video.

Sejarah Rockstar menunjukkan corak yang sama di mana kedua-dua GTA V dan Red Dead Redemption 2 juga dilancarkan di konsol terlebih dahulu sebelum versi PC dikeluarkan beberapa bulan kemudian.

Pengumuman ini pastinya mengecewakan ramai pemain PC yang sudah lama menunggu, tetapi ia selaras dengan strategi Rockstar yang mahu memaksimumkan kualiti pengalaman di platform utama terlebih dahulu.

Namun, pendapat saya, ia adalah strategi Rockstar Games yang mana mereka mahu memaksimumkan keuntungan. Platform PC kerap dicetak rompak.

Denuvo juga berjaya dipintas sejurus ia dilancarkan, contohnya permainan Resident Evil Requiem.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Isu Semakan Lesen 30 Hari Hanya Berlaku Sekali Sahaja - Sony
  • Majoriti Pengguna Steam Kini Menjalankan Sistem Operasi Windows 11

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY