Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11_featured image

Majoriti Pengguna Steam Kini Menjalankan Sistem Operasi Windows 11

Diterbitkan Mei 5, 2026 · Dikemas kini Mei 5, 2026 oleh Amsyar Latif

Windows 11 kini menjadi sistem operasi pilihan majoriti pemain PC di seluruh dunia.

Berdasarkan Steam Hardware & Software Survey bagi April 2026, Windows 11 64-bit mencatatkan 67.74% daripada keseluruhan pengguna Steam. Ini merupakan peningkatan sebanyak 0.89 peratus berbanding bulan Mac 2026.

Secara keseluruhan, sistem operasi Windows (Windows 11 + Windows 10) menguasai 93.47% pasaran Steam. Windows 10 pula kekal di tangga kedua dengan 25.63%.

Manakala Linux mencatatkan 4.52% dan macOS hanya 2.01%.

Kenaikan populariti Windows 11 ini dipercayai disebabkan oleh sokongan yang lebih baik terhadap teknologi gaming moden seperti DirectStorage, Auto HDR serta integrasi yang lancar dengan perkhidmatan Xbox.

Tinjauan Steam yang dijalankan setiap bulan ini dianggap sebagai salah satu penanda aras paling dipercayai untuk melihat trend sistem operasi dan perkakasan gaming di peringkat global.

Dengan lebih dua pertiga pengguna Steam kini menggunakan Windows 11, ia menunjukkan sistem operasi Microsoft semakin mendominasi pasaran permainan PC.

Berkaitan

  • Ini Steam Machine Terbaru: Konsol PC Kompak Yang Sasar 4K60
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Xbox Mode Untuk Windows 11 Kini Tersedia, Bawa Pengalaman Konsol Ke PC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY