Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Denuvo Berjaya Dipintas Lagi, Teknik ‘Hypervisor’ Benarkan ‘Game’ Kena ‘Crack’ Sejurus Ia Dilancarkan

Posted on April 8, 2026

Sistem perlindungan hak cipta (DRM) yang sering dianggap sebagai benteng paling kukuh dalam industri permainan video, Denuvo, dilaporkan telah berjaya dipintas sekali lagi oleh kumpulan penggodam melalui teknik yang lebih canggih.

Berdasarkan laporan terbaharu, pintasan kali ini menggunakan kaedah berasaskan hypervisor yang membolehkan judul permainan besar (AAA) dipintas serta-merta pada hari pertama pelancaran, atau lebih dikenali sebagai fenomena Zero-Day.

Teknik ini beroperasi pada tahap sistem yang sangat dalam iaitu di bawah lapisan sistem operasi, sekali gus menjadikannya sangat sukar untuk dikesan oleh kod keselamatan tradisional yang digunakan oleh Denuvo sebelum ini.

Keupayaan penggodam untuk memintas perlindungan ini pada hari pertama pelancaran merupakan satu tamparan hebat kepada penerbit permainan video kerana fungsi utama Denuvo adalah untuk melindungi fasa awal jualan yang paling kritikal.

Sebelum ini, teknik pintasan biasanya memakan masa berbulan-bulan, namun dengan kaedah hypervisor, tempoh tersebut telah dipendekkan secara drastik.

Antara permainan yang sudah kena hypervisor bypass awal 2026 ini termasuk Resident Evil Requiem, Football Manager 26 dan banyak lagi game besar lain.

Syarikat induk Denuvo, Irdeto, telah mengesahkan perkara ini dan berjanji akan memperkenalkan langkah pertahanan balas yang lebih agresif untuk menangani ancaman tersebut bagi memastikan integriti judul-judul permainan akan datang terus terpelihara.

Walau bagaimanapun, Irdeto turut mengeluarkan amaran keras kepada pengguna mengenai risiko keselamatan yang tinggi apabila menggunakan pintasan berasaskan hypervisor.

Oleh kerana teknik ini berfungsi di luar kawalan sistem operasi, ia secara teknikalnya boleh mendedahkan komputer pengguna kepada serangan perisian hasad yang sangat berbahaya dan tidak dapat dikesan oleh kebanyakan perisian antivirus biasa.

Selain isu keselamatan, komuniti pemain PC kini turut melahirkan kebimbangan terhadap kesan sampingan daripada langkah ‘pertahanan’ baharu yang bakal diperkenalkan oleh Denuvo.

Secara tradisinya, setiap kali Denuvo mempertingkatkan tahap keselamatan mereka, ia sering dikaitkan dengan penurunan prestasi CPU yang ketara semasa permainan dijalankan.

Pemain bimbang bahawa kemas kini DRM yang lebih kompleks bagi mengesan kehadiran hypervisor pihak ketiga akan membebankan lagi sumber sistem, sekali gus menjejaskan pengalaman permainan bagi pengguna yang membeli game secara sah.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress