Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PlayStation

Isu Semakan Lesen 30 Hari Hanya Berlaku Sekali Sahaja – Sony

Diterbitkan April 30, 2026 · Dikemas kini April 30, 2026 oleh Amsyar Latif

Susulan laporan mengenai kegelisahan pengguna PlayStation terhadap sekatan lesen digital 30 hari, Sony Interactive Entertainment (SIE) akhirnya tampil memberikan penjelasan rasmi bagi menjernihkan keadaan.

Menurut jurucakap Sony, sistem semakan lesen yang dikesan oleh pengguna pada permainan digital baharu bukanlah satu sekatan kekal yang memerlukan konsol disambungkan ke internet setiap bulan, sebaliknya ia hanyalah prosedur pengesahan satu kali.

Sony menjelaskan bahawa pemain boleh terus mengakses dan bermain permainan yang dibeli seperti biasa tanpa gangguan luar talian selepas pengesahan awal dilakukan.

“Semakan dalam talian secara satu kali diperlukan untuk mengesahkan lesen permainan, dan selepas itu, tiada lagi proses check-in diperlukan pada masa hadapan,” kata jurucakap SIE dalam satu kenyataan kepada GameSpot.

Ini bermakna, sebaik sahaja lesen tersebut disahkan buat kali pertama, permainan tersebut akan bertukar menjadi lesen tanpa had yang boleh dimainkan secara luar talian sepenuhnya.

Langkah ini dipercayai diperkenalkan untuk mengekang aktiviti penipuan tuntutan semula wang (refund scams) yang sering berlaku pada pembelian digital baharu di mana pengguna beli game, main dan refund tetapi masih simpan permainan tersebut.

Bagi pemain di Malaysia, ini adalah berita baik kerana anda tidak perlu risau permainan digital akan “terkunci” setiap bulan, asalkan konsol telah disambungkan ke internet sekurang-kurangnya sekali sejurus selepas pembelian dilakukan bagi melengkapkan proses pengesahan lesen tersebut.

Berkaitan

  • Steam Keluarkan Notis - Anda Hanya Beli Lesen, Bukan ‘Game’
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • PlayStation Kenakan DRM 30 Hari, ‘Game’ Digital Tak Boleh Main Jika Tak Sambung Ke Internet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY