Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 5

GTA 5 ‘Next-Gen Console’ Boleh Dimuat Turun Minggu Depan, Harga Macam ‘Game’ Baru

Diterbitkan Mac 10, 2022 oleh Amsyar Latif

Suka atau pun tidak, francais popular daripada Rockstar Games – GTA 5 sudah memasuki tahun yang kesembilan. Apabila peminat mahukan GTA 6, mereka tidak kisah dan melancarkan bagi setiap generasi.

Jika awal dahulu ia untuk konsol PS3 dan Xbox 360. Kemudian ditawarkan pula buat PS4 dan Xbox One. Kini, konsol ‘next-gen’ yang cukup berkuasa, PS5 dan Xbox Series S/X pun akan mula menerimanya bermula 15 Mac depan bagi versi digital.

Dari segi harga, umpama permainan video baharu meskipun ia sudah berusia. GTA 5 berharga US$39.99 (~RM167) buat kedua-dua konsol PS5 dan Xbox Series S/X.

Namun, sebagai ‘kemunculan pertamanya’, ada diskaun yang diberikan di mana pemilik PS5 yang mempunyai PS Plus boleh memiliki Story Mode dan GTA Online pada US$9.99 (~RM41).

GTA 5

Manakala pemilik Xbox Series S/X perlu membayar US$19.99 (~RM84) untuk Story Mode dan GTA Online atau GTA Online sahaja pada harga US$9.99 (~RM41).

Antara penambahbaikan yang diberikan adalah seperti resolusi 4K, kadar bingkai sehingga 60fps, kualiti tekstur yang lebih baik, pilihan HDR serta ray tracing, audio 3D imersif, masa muat naik (loading) lebih pantas dan banyak lagi.

Kata Rockstar Games, melalui pelancaran GTA 5 pada konsol terbaharu ini, ia akan memberi pengalaman jauh lebih baik berbanding generasi terdahulu.

Apa-apa pun, itulah hakikat yang peminat perlu terima. Jika mahu menunggu GTA 6, mungkin lambat lagi.

Sumber: Rockstar Games, VGC

Baca juga:

  • WhatsApp Akan Susahkan Pengguna Untuk ‘Forward’ Mesej

  • Jangan Gelabah Jika Terima Panggilan Dari ‘Polis’ Mendakwa Anda Terlibat Dalam Siasatan Pengubahan Wang Haram

  • Barangan “Rare” Milik Steve Jobs Dilelong Sehingga 17 Mac 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY