Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri “Delete for Everyone” Mungkin Tidak Ada Had Masa Selepas Ini

WhatsApp Akan Susahkan Pengguna Untuk ‘Forward’ Mesej

Diterbitkan Mac 10, 2022 · Dikemas kini Mac 10, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam era komunikasi digital ini, sesiapa sahaja bebas mencipta mesej palsu dan disebarkan pula dengan pantas. Antara aplikasi yang menjadi lubuk berita palsu ialah WhatsApp.

WABetaInfo melaporkan terdapat perkara baharu dalam WhatsApp beta versi 2.22.7.2 di Android,  di mana pengguna hanya boleh memajukan (forward) mesej yang dilabel “Forwarded” kepada satu kumpulan dalam satu-satu masa.

Ini bermakna jika anda ingin memajukan mesej yang ditanda “Fowarded” kepada 5 kumpulan misalnya, anda perlu ulang langkah tersebut sebanyak 5 kali.

WhatsApp Akan Susahkan Pengguna Untuk ‘Forward’ Mesej

Untuk pengetahuan, mesej yang dimajukan lebih 4 kali akan ditanda ‘Forwarded’ untuk memudahkan pengguna mengetahui status mesej tersebut.

whatsapp forward
WhatsApp

Langkah baharu ini pastinya untuk menyekat berita palsu daripada tular dengan rancaknya. Apakah anda gemar dengan ciri baharu ini?

Baca juga:

  • Fungsi Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari Android Ke iOS Bakal Tiba Tak Lama Lagi
  • Mudah, ‘Group’ WhatsApp Akan Ada Fungsi Mirip Twitter Dan Instagram Stories
  • Cara Nak Guna Dua Akaun Berbeza WhatsApp Web

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY