Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

GTA 6 Akhirnya Diumum Rockstar Games Tapi Tarikh Pelancaran Masih Misteri

Posted on Februari 5, 2022

Entah berapa kali diminta peminat, bertahun-tahun menjadi bahan jenaka, Rockstar Games akhirnya mengumumkan juga bahawa permainan terbaharu francais popular mereka Grand Theft Auto (GTA) akan dilancarkan juga nanti.

Walaupun Rockstar Games tidak menyebut pun nama GTA 6 tetapi mereka mengatakan bahawa terdapat projek baharu bagi francais tersebut. Tambahan lagi, Rockstar Games turut mengesahkan ia sedang dalam fasa pembangunan.

Many of you have been asking about a new entry in the Grand Theft Auto series.

With every new project, our goal is always to significantly move beyond what we've previously delivered. We're pleased to confirm that active development for the next entry in the series is underway.

— Rockstar Games (@RockstarGames) February 4, 2022

Pun begitu, seperti biasa peminat perlu menunggu kerana tarikh pelancarannya masih belum diketahui. Jika ada yang sudah mengenali Rockstar Games, mereka memang mengambil masa yang lama dalam menghasilkan sesebuah permainan video.

Namun, tempoh penantian itu kebiasannya berhasil. Oleh yang demikian, diharapkan GTA 6 atau apa pun nama baharu yang diberikan nanti mampu memberikan tamparan hebat buat peminat yang sudah sekian lama menunggu.

Dalam perkembangan lain, sementara menunggu kehadiran “GTA 6”, GTA 5 bakal ditawarkan buat konsol PlayStation 5 serta Xbox Series S|X pada bulan hadapan.

Sumber: rockstar games

Baca juga:

  • Take-Two Beli Pembangun FarmVille, Mungkin Nanti Ada GTA Online Mobile

  • GTA San Andreas Sertai Meta, Hadir Dalam Bentuk VR Untuk Oculus Quest 2

  • Keluarga Xbox Makin Besar, Microsoft Beli Activision Blizzard

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress