Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ketahui Cara Menghadapi Panggilan Palsu Sebelum Anda Menjadi Mangsa Seterusnya!

Jangan Gelabah Jika Terima Panggilan Dari ‘Polis’ Mendakwa Anda Terlibat Dalam Siasatan Pengubahan Wang Haram

Diterbitkan Mac 9, 2022 oleh ariff bukhari

Polis Driraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menerima panggilan yang kononnya daripada pihak polis yang ingin menyiasat pengubahan wang haram ke atas mereka.

Ini berikutan berlaku aktiviti penipuan Macau Scam yang menggunakan alasan siasatan itu bagi menipu orang awam.

PDRM menyatakan bahawa sebarang siasatan berkaitan kes jenayah penggubahan wang haram adalah dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Penggubahan Wang Haram, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

PDRM menegaskan, pihak polis tidak akan menjalankan siasatan melalui panggilan telefon semata-mata. Sebaliknya akan memanggil juga saksi berkaitan untuk hadir ke pejabat Bahagian Siasatan Penggubahan Wang Haram atau mana-mana balai polis berhampiran bagi tujuan siasatan.

Polis juga menyatakan, pihak mereka sekali-kali tidak akan sewenang-wenangnya membeku atau menyita akaun bank milik sesiapa pun selagi siasatan yang dijalankan tidak memperoleh bukti yang mencukupi.

Berkaitan dengan isu yang sama, PDRM memaklumkan bahawa bagi tahun 2022 sehingga bulan Februari sahaja, PDRM telah merekodkan sebanyak 557 kes penipuan Macau Scam.

Modus operandi yang sering digunakan oleh sindiket itu pula adalah dakwaan penglibatan mangsa dalam siasatan pengubahan wang haram.

Sumber: PDRM

Baca juga:

  • PDRM Menasihatkan Pengguna Android Supaya Tidak Memuat Turun Fail APK Dari Sumber Tidak Sah
  • PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank
  • Ini Yang Patut Anda Lakukan Kalau Dapat Mesej Palsu Shopee Di WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY