Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Barangan “Rare” Milik Steve Jobs Dilelong Sehingga 17 Mac 2022

Barangan “Rare” Milik Steve Jobs Dilelong Sehingga 17 Mac 2022

Diterbitkan Mac 9, 2022 oleh Nadiah Ab

Pengasas Apple, Steve Jobs, meninggalkan barangan peribadi yang kini tersedia untuk dilelong. Barangan “rare” ini termasuk barangan sejak awal kelahiran Apple, komputer, dan permainan video milik Steve Jobs.

Lelongan “The Steve Jobs Revolution: Engelbart, Atari, and Apple” ini menawarkan lot tertinggi yang melelong sekeping cek bertarikh 15 Julai 1976 bernilai US$3,430 (~RM14,361) untuk membayar alat ganti komputer Apple 1, yang ditandatangani oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak sendiri.

barangan rare steve jobs
Sumber: Reuters

Dipercayai cek ini dikeluarkan sebelum mereka berjaya menerima sebarang pelabur. Cek ini juga merupakan bukti mereka berdua mematuhi persetujuan bertulis di mana sebarang perbelanjaan yang melebihi US$1,000 ketika itu perlu dipersetujui dan ditandangani oleh kedua-dua pihak.

Lelongan ini juga termasuk beberapa barangan “rare” lain yang berkaitan dengan Steve Jobs, termasuk gambar sewaktu sekolah menengah dan borang permohonan yang telah diisinya untuk mendapatkan pekerjaan di Atari, yang juga akan dikeluarkan dalam bentuk NFT (non-fungible token).

Untuk pengetahuan anda, Steve Jobs dikenali sebagai seorang yang tidak suka menurunkan tandatangan. Disebabkan itu, tandatangan dari Steve sendiri merupakan sesuatu yang sangat “rare” dan susah untuk didapati di mana-mana.

barangan rare steve jobs
Tetikus X-Y Douglas Engelbart. Sumber: Reuters
barangan rare steve jobs
Prototaip konsol permainan komputer ‘Home Edition’ Atari Pong. Sumber: Reuters

Selain itu, barangan yang dilelong juga termasuk sebahagian yang diambil daripada salah satu mesin permainan video Atari Pong yang pertama pernah dihasilkan, serta tetikus Douglas Engelbart dari era 1960-an.

Apa yang menjadikannya istimewa adalah, komputer dan permainan video ini merupakan prototaip dan model awal yang sukar ditemui.

Lelongan “The Steve Jobs Revolution: Engelbart, Atari, and Apple” tersedia di RR Auction dan akan berakhir pada 17 Mac ini.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • Dulu Steve Jobs Terfikir Untuk Memperkenalkan iPhone Nano
  • 4 Pendapat Dan Pandangan Steve Jobs Yang Sebenarnya Tak Betul
  • Pengasas Apple, Steve Wozniak Saman Google Dan YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY